Monday, 31 December 2012

Berangan nak PILOT...

Assalamualaikum.Hello peeps !!huhhhhh!!!Story baru cerita hangat lagi sensasi.Sensasi ker??Bolehlah...Ehem ehem testing testing 123, Tadikan kita tengok cerita pasal pilot.Kita tengok cerita Landasan Cinta.Guess what sape jadi pilot dalam cerita tu ??Tekalah !!! Aaron Aziz bukan, Jehan Miskin bukan, Shahizy Sam pon bukan.Ha...yang jadi pilot dalam cerita tu ialah SHAH JAZLE.Ha,hero cerita Asmara tu.Kenal ker tak?? Hehehe dia pakai baju pilot,Hensem oooo.!! Menjerit jugak la kita tengok cerita tu.Ni yang nak mula berangan pasal Pilotku..hehehee.Izzati sudah sudah la berangan tu yerk.Dah berkepoi-kepoi awan kat kepala tu.Okay tumpang tanya la erk ,Kenapa kebanyakkan pilot ni Hensem-hensem ??  Dan kenapa bila diorang pakai uniform pilot tu diorang nampak laaaaagggi hensem??Tanda tanya tu.Tapi ade orang cakap kalau buah hati pilot ni selalu kene tinggal la, pilot ni playboy la dan sewaktu dengannya.Hermmm...Betul ker erk..





Ehem ehem tumpang lalu pilot gi kwang nak masuk interframe...heheheh!!

ehem ehem...Pilot Shah Jaszle pon nak lalu kat entry ni jugak..

.


Ha yang ni pon hensem jugak.hehehe!!!



SEKIAN ,budak comel :P





Friday, 28 December 2012

Acs1131b 2012 With Madam Hayatie

Assalamualaikum..Hello girls n guys. hahahaha!!.Hali ni wa mau cakap pelat sikit cina ma.Why??because tadi petang wa pi shopping , lepastu tloli (troli) wa bertembung lengan(dengan) seolang mamat cina.Muka ada sikit comel.wa suka !!.Opss soli soli tloli bertembung pulak hadoinyapon.So ,hali ni wa cakap sikit cina ma.Langan(jangan) lisau naty wa letak subtittle di bawah.Don'wolly be happy.Hikhikhikhik!!

Tali petang wa ikut wa punya mommy sama daddy sama adik2 wa pi shopping.Wa punya brother mau masuk aslama(asrama),so sulah semestinya banyak balang(barang) harus beli.Wa pikir shopping balang orang lelaki ni senang.Tapi banyak susah oo.Mau beli belus basuh kain pon mau yang lawa-lawa,Heyy blo(bro) lu mau basuh kain atau lu mau guna itu berus sikat lambut lu.Banyak songeh betoi.Then ,dia suluh siap beli almali(almari) , blo(bro) wa cakap sama lu,lu mau duduk aslama(asrama) bukan lumah sewa.Opkos la sekolah lu dah ada almali .So you tak yah pening-pening pikir nak bawak almali bagai.Mau cari songkok pon banyak songeh.Nasib baik wa sabar tengok lu.

Okay2..itu celita blo(bro) gua, Lupakan dia seketika.Sikalang(sekarang) wa mau celita pasal bende lain pulak.Tadi wa tengok gambar kelas wa sem lepas.Wa muka wa time tu banyak comel hehehehe!!.Muka wa ada sikit kecik.Sikalang,muka wa ada sikit tembam,sikit saja ma.tapi masih comel.hikhikhik!!.Wa tengok budak-budak kelas wa.Dulu muka manyak(banyak) sopan + nerd sikit + boleh tahan =  comel2 belaka.Lu olang mau tengok?? Kalau mau kasi angguk sikit .Okay wa tunjuk----->>>

             Ha ni lah gambarnya masa waktu sem lepas , acs1131b with Madam Hayatie.

Stelusnya ,ada satu picture buat wa mau gelak guling-guling.KAHKAHKAHKAHKAH !!.Ini picture time candid.Wa tau time candid manyak olang buat macam-macam aksi ,tapi diolang tak pelasan(perasan)kot muka diolang manyak kelakar.Hahahaha!! Mau tengok?? --->>>>>

 Seliusly(seriusly) siapa pelasan(perasan) muka siapa paling kelakar ?? Lu olang teka sendili(sendiri) la.Then cakap dalam hati.Kalau lu cakap sama wa nanty wa gelak guling-guling tanpa henti oo.

Then ini gambar time sume nampak okay kiut sume ade.Wa suka ini gambar la.Wa kasi thums up ini gambar.

Okay .. gambar cantik menalik kau memang comel.LIKE LIKE LIKE !!!

Okay,wa sulah penat tulis,Wa mau pi duduk depan tb(tv) mau tengok itu Mahalaja Lawak Maga.Wa mau tengok itu Jozan.Wa #TEAM JOZAN .

Sekian,Budak Comel :P

Thursday, 27 December 2012

Coretan 11.40 malam

Assalamualaikum.Hello peepsss !! . Surprise!!! Ha tengok blog saya berwajah baru.Ha...sebenarnya masih lagi ade perubahan yang perlu dilakukan tapi perubahan tu terpaksa dihentikan dulu kerana masalah teknikal yang tak dapat dielakkan.So,perubahan akan dilakukan sedikit demi sedikit.So, perubahan pertama sudah dilakukan,perubahan kedua coming soon.So ,cemane,ok tak blog ni berwajah baru.Komen la sikit.Ha..komen jangan tak komen.Tak nak komen disini ,komenlah di facebook ,di twitter ,dimana-mana pun boleh.Ha tadi tengah tengok facebook terbace satu tips kesihatan. tips dia begini ya...------->>>>




So lepasni kita perlulah amalkan tidur yang secukupnya.Belajar-belajar jugak .Tidur kene tidur jugak.Okay.

Sekian,budak comel :p

Wednesday, 26 December 2012

Terkejut jap :P

Assalamualaikum.Berita tergempar.Chehhhh ,saya baru je announce blog saya sudah dibuka.Ramai betul yang nak komen.Tengok ni --------------->>>>





Sekian,Budak Comel :P

Satu hari ada orang jeles dengan saya.

Assalamualaikum...Hellooo peepss.Nak tau tak satu hari ada orang jeles dengan saya.Dia jeles dengan saya sebab saya dapat line wifi penuh + 2 broadband.Untuk menjeleskan saya kembali,dia berkata , dia ada wifi jiran dia + broadband.Ha bunyinya macam dia tak nak kalah dengan saya.Then pada satu petang, bertarikh 26 DISEMBER 2012 ,pada jam 3.00 petang saya telah membuka facebook saya dan mendapati sesorang telah menyatakan satu status mementionkan nama saya.Agak terkejut jugak time tu tapi boleh cool lagi.Bila diteliti ,diskimming dan scanning status itu ,saya mendapati bukan kawan saya yang menulis status itu.Anda nak tahu siapa yang tulis ?? Hahhhh !! Yang mengupdate status bermentionkan nama saya itu adalahhhhhh jeng jeng jeng !!! Seseorang yang jeles dengan saya.Status yang dia tulis berbunyi begini...tuuuuttt..ehem ehem

"weyh ZAtie Chaiyok....mana kau punya wifi yg penuh tu??siap broadband bagai..tp tak on9 pun..."

Dia ingat saya tak tahu siapakah yang tulis ini.Haaahhh tengok budak comel lah.Saya mesti tahu siapa yang tulis ni. Ehh ape dia ingat saya tak der kerja lain ker nak online 24/7 .I have my own work you know.Saya mendapati dia berkata saya ***** sebab  saya ada wifi dan 2 broadband.Tapi tak per ,saya tak kesah.Mungkin dia tak nak kalah lagi dengan saya but dia kena tahu the game is not OVER.

Kepada Kawan saya Daus selaku ketua kelas saya ,Terima Kasih kerana membuat status dan mementionkan nama saya.Terus terang saya katakan anda telah buat saya famous seketika.Hahahaaha!!! But don't play play with me.Jangan ingat anda seorang sahaja yang hebat IT.Saya pon hebat jugak tau.Saya ada kawan pandai komputer ,nama dia Sofea dan untuk yang lebih terkenal lagi Bill Gates.Diorang tu kawan saya yang pandai komputer.So , jangan ingat budak comel hanya tahu comel depan kamera saja ,depan laptop ,depan ipad pon boleh tau.Bukan takat ipad1 ipad2 pon boleh.So renung-renungkan dan selamat Beramal.Peace ya !!! Bhahahaah!!

Sekian,Budak comel :P

Menderma Darah

Assalamualaikum...Peace ya!! Hari tu saya teman kawan-kawan saya pi derma darah.What derma darah ??? That mean you give your blood to the hospital ?? Saya teringin nak derma ,almaklumlah saya darah jenis O.Orang cakap darah ni susah nak dapat.Maksudnya insan terpilih sahaja yang mempunyai darah jenis O ni.Baik untuk menderma but susah untuk menerima.Tapi malangnya ,my mother cannot give permission because she risaukan saya.Its okay.Jadi saya hanya teman 3 orang rakan saya yang menderma darah.Lihatlah mereka yang baik hati menderma ni.--->>

Ni Ai,dia kene srapan dulu sebelum mula menderma.Dapat milo dan biskut capten munch percuma.Okay saya jeles ni.

Supporter pertama cik Ayuni.Dia tak dapat join menderma kerana kurang haemoglobin.So terpaksa jadi penonton sahaja.

Saya pon nak posing jugak dengan Sijil / Buku Derma Darah ni.

Ha time ni saya seronok tengok kawan saya derma darah.Nampak tak betapa tahan sakit nya dia .Tu pon masih nak senyum lagi tu.Gud luck Irfaan.

Okay ni diorang dah selesai menderma,so kene rehat secukupnya.

Supporters sejati gitu.Hehehehe!!!

Sekian,Budak comel :P






ACS1132B shooting time with Nikon Brother

Assalamuallaikum....Hellooo peepssss !!! How are you,i fine.Heheheheh!!! Minggu lepas saya jadi model.Okay kalau cakap saya seorang nanty ade orang kata tipu.Okay fine..Minggu lepas saya dan kawan-kawan jadi model.Model untuk gambar kelas.Kelasssss tak kami.Opkos la.Tengoklah yang arranged dia sape ??? Saya lahhh !!Hahhhh..Time ni semua pakat-pakat pakai lawa-lawa,comel-comel belaka.Yang perempuan ayu dengan jubah dan baju kurungnya ,yang lelaki nampak segak dengan kemejanya.Kalau ada tie lagi okay kot.Untuk girls semua cun jadi saya bagi stailista.Untuk guys nampak segak tapi kurang tie jadi saya bagi oooppppsss !! Maaff terover sedikit.Ni la dia antara gelagat kami before sesi shooting dijalankan.---->>>>>

Time ni saya tengah busy but still kene senyum lagi.Peace !!

Tu dia tu dia gadis-gadis ayu sedang ligat bergambar.Ayu tak kami ???Girls ACS1132B semua comel belaka.

Ha ni jejaka-jajaka ACS1132B.Ehhh mane lagi sorang?? Missing in Action.Sesiapa yang terjumpa lagi sorang jejaka kelas ni sila hantar atau post kan dekat sini yok.

Berposing sakan kami time ni.Sampai tak larat nak sengih dah.Senyum nampak gigi semua..

Empat sekawan sedang asyik bergambar tetiba si dinosaur sorang tu dok sibuk nak interframe skali.

Okay time ni hanya kami empat sekawan.Yang dinosaur tadi tu dah dihapuskan oleh ultraman.hahahahaha!!!

Hamboiii cik Ros menghalang senyuman saya.Cik Ross mohon ke tepi sikit .Baru perasan si dinosaur tu pon ada jugak.Adoyyy ni nak kene panggil iron man plak la ni.

Yeaayyy ni kami tiga ninja turtle yang comel belaka.


La ni dia jejaka yang hilang tadi.Tengah bergambar denga cik Yuni rupanya.Okay jejaka yang hilang sudah ditemui.

Tu dia para gadis beratur . 1 one million ,3 three million.


Gadis-gadis comel + cun + cantik = itulah kami ...

Itu saja paparan dan coretan hari ini.Sekian.Budak comel :p












Kami dan chocolate volcano.

Assalamuallaikum...sila jawab salam tak jawab dosa.Hellooooo peepsss!!!.Hikhikhik..Sekejap na nak amik bulu ayam almaklumlah blog dah berhabuk.You know lebih kurang seminggu lagi kita dah nak sambut tahun baru.Countdown 2013!!!.Okay tu bukan cerita hari ini.Mau intro saja ma.Pada hari ahad yang lalu, * amboi ayat macam budak sekolah stat buat karangan* kami pi jalan-jalan.Kami pi Manjung, Aeon , Makan popcorn ,makan pizza ,mandi laut dan banyak lagi.Biasalah hari minggu kami pi cuci mata lah.*orang kedah membahasakan dirinya saya dengan perkataan kami.jadi kalau saya sebut kami tu maksudnya saya lah.Harap maklum* Jangan heran bila kami tulis dalam loghat kedah na.Sebab kami baru balik dari kedah.Ha..lagi nak tulis apa erk....................................... Ha kami pi Aeon cuci mata tengok baju ,tengok kasut dan macam-macam lagi.Kami tak boleh tengok barang lawa-lawa banyak sangat pasai sat gi kami pening dan mata keluar bintang lepastu kami tersilap eskelator.Budak comel malu kot silap eskelator.Dah tu pulak time tu kami mengalami sakit perut so kami tak hyper sangat la time tu.Pastu kami dengan member kami pi makan pizza.Haahhh kami dapat chocolate volcano .Yeayyy !!!.Makan chocolate volcano teringat kat budak pizza yang kami suka waktu kami kerja dulu.Teringat kat senyum dia.Where he is ??.Nak tengok gambarq tak.Hampa mestilah nak tengok kan ha jom tengok kat bawah ni --------------------------------------------------------------------------------------------------------------->>>>>>


Ha ni gambarq kami dengan chocolate volcano.Kami tau hampa yang tengok gambarq ni bukan tengok kami tapi tengok makanan yang kat depan kami tu kan.Kami tau dahh.Sat gi kami blurrr kan gambarq makanan tu biar gambarq kami ja okay.
Ni gambarq seterusnya...------------------->>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>






Nampak dak kami baru nak menikmati Chocolate Volcano kesukaan kami.Muka kami fokus time ni.Ya lah fokus chocolate volcano ni nak masuk mulut.Nyummm nyummm !!!..Kami dah baca bismillah dalam hati sebelum makan.

Next,------------------------>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Ha ni gambarq bila chocolate volcano tu dah masuk mulut.So kami jadi happy la tu yang siap buat peace ni.Hampa tau dak chocolate volcano ni sedap sehingga menjilat sudu.Heheheehehe!!!
NeXT------------------------->>>>


tu dia tu dia pizza mai dahhhh....Omgggggg sedapnya...Hampa yang tengah tengok tu tutup mulut na.Meleleh ayag/air liur kat blog kami satgi.Kami jugak yang kena lap.

Chocalate volcano dah habis,now kami bergambarq plak dengan pizza.Nampak tak muka kami banyak senyum ma lepas makan chocolate volcano.Bhahahahaha!!!

Time ni kami hirup sup cendawan.Sedap sangat sampai nak tertumpah keluar dari mulut kami.Lap mulut lap mulut...

Then kami sambung hirup sup cendawan lagi.Heyyy akak yang kat belakang tu saja jer nak join gambarq sekali.


Ha ni gambarq kami dalam kereta.Pak cik moto kat luar tu saja ja nak interframe skali.Terima kasih kepada photographer dan hanphone besarq Irfaan.Peace !!!
Ehhh gambarq kami lagi.Almaklumlak budak comey macam kami gambarq banyak.heheheehe!!!Hampa jangan nak jeles na.Nanty kami bubuh gambarq hampa plak.Don't worry.

Ha ni gambarq kawan kami.Nampak tak berapa fokusnya dia drive sampai tak sedarq orang snap gambar dia.Bagus mimi fokus di jalan.

Okay.Sebenarnya , kami ajak sorang lagi member kami pi.Iaitu ketua kelas kami + driver kami + orang yang jeles dengan kami = DAUS. Hermm kami ajak dia pi sekali . Yer la sebab dia driver upahan kami la kami ajak dia .Tapi time tu pulak dia nak balik rumah.Katernya...mak dia nak ajarq dia account.So,nak tak nak dia kene la balik.Tapi tu rugilahkan dia tak join kami ngan member2 kami yang lain.So , terpaksalah kami suruh irfan jadi driver kami.Alhamdulillah ,si irfaan ni dah ada lesen.Kalau idok, ermm kami la drive.Kang kalau kami drive , stereng kemane ,clash ke mane tekan minyak kemana ,kami yang dok jerit kat situ.Kami dengan member kami yang lain ajak dia jalan lagi but seribu alasan dia kasi.Ehhh rugi benolah dia tak nak join keluar dengan kami yang comel ni.Deeee,bukan senang tau nak keluarq dengan kami yang comel ni.Nuhhh beraturq nuhh..Tapi kami ajak yang satu kepala ,gila gila macam kami dengan member kami yang lain jugak la.Contohnya , budak kelas kami.Sajer kami letak gambarq makanan bagi dia jeles dan rase rugi tak join keluar dengan kami , irfaan , mimi dan puteri.Kepada driver upahan kami , kesian hang tak dapat makan pizza dan cekelat volcano :p ..Kepada ketua kelas kami lagi , mohon hang jeles tahap maksima.

Itu sahaja  cerita hari ini.Enjoy the gambarq dan story kami.XOXO.Kami yang comel :p











Thursday, 20 December 2012

Hehehehe!! xoxo


Cinta datang dalam pelbagai cara, kasih hati siapa yang tahu. Rasa sayang itu Allah yang punya, tepuk dada tanya yang Satu.

Saturday, 8 December 2012

I want this Now !!

Assalamuallaikum.Hello peepss !! Have a nice day today?? Ya my day is biasa2 saja.Haaaaa!! Tak tau tetibe jari aku ni menggatal taip kat google PIZZA HUT.Heyy izzati kau nak order pizza ker?? Okay fine bila dah buka web keluar pasal makanan memang terbeliak la mata kan.Dah terbeliak menelan air liur plak tegok gambar makanan sedap-sedap ni.Seriusly sebenarnya memang sekarang ni teringin nak makan Pizza.Besttnya kalau sebelah bilik ade kedai pizza.Hanya perlu sua muka kat tingkap dan order.15 minit kemudian pizza enak tersedia .Wauuu mesti bestkan. Check this out beberapa gambar makanan yang memang aku nak sangat sekarang ni..*mohon jangan banjirkan blog saya dengan air liur anda ketika melihat gambar ini *


Loookk at thisss...Crunchy Tempura King Praws Pizza...wallawehh sedap tu.I hope this Pizza in front of me.Heyyy you?? *Awak yang tgh tengok gambar ni.Lap mulut tu sikit ,dah menitis dah air liur kat blog ni.*
HAHAHAHAHAH!! Next lagi besttt tengok sini cepat------>>


Toasted Chicken & Cheese Rolls.Yummyyy !!.Andai kata aku bole masuk dalam skrin ,dah lama aku masuk skrin then amik makanan ni.

Ohhh Myyyy Guccciii Sedapnya.Izzati sabar !! Tarik nafas dan hembus.Makanan tu memang sedap tapi izzati kau kene ingat YOU ARE ON DIET.This means makanan tu sedap macam mane sekalipon kau tak leh melantak sangat.

Mushroom soup is my favorite.Yummyyy !! Delicious!! Amazing !! Incredible !! Ha semua perkataan superb nak campak kat sini.

                                          This is Lasagna ..

Thiss 3 food ni buat aku rase nak menjerit ARRRRHHHHHHHHHHH!!!!!!! why you allz sedap sangat nih.Chocolate cake !! ohww dah terasa kat lidah .Heyyy you yang tengak bace blog ni.Tak kan bace jer kot meh sini hantarkan This 3 food to me.Listen to my lips I WANT THIS .Please follow my lips I WANT THIS !!!!. I hope i can eats this nowww...Huhuhuuhuhuhu!! -SEKIAN-




Friday, 7 December 2012

morningmare

Assalamuallaikum.Hermmm Hari ni ni kelas petang.So pagi sampai tengahhari enjoy la.Okay pagi tadi Madam R mesej aku bagi tau tempat kalau nak hantar duit.Naseb baik time tu aku dah mandi sumua.So siap pakai tudung pi fakulti.Dah sampai fakulti, Pi pejabat cari madam.One thing happen, madam N ade plak kat situ.Seriusly ,aku ni takut + kecut sikit bila nampak dia.Elok aku masuk aku intai madam R dekat mana.Disebabkan aku takut dan kecut sikit tengok madam N,terus aku jadi kelam seketika.Orang office tu tanya cari siapa ,aku jawab cari madam ni.Madam ni ?? Madam N cakap cuba sebut nama madam betul2.La ni semua sebab madam N la.Aku terlalau kecut sampai tak tersebut nama madam R.Nasib baik Madam R bagi respons.Fuhhhh malu jugak la aku kat situ .Malu + tebal muka.Morningmare buat aku la pagi ni.Terserempak plak dengan madam N.Sebenarnya madam N tu okay cuma kadang-kadang gaya dia yang nampak macam nak marah orang tu yang membuatkan aku takut sikit.Hermmm hope kalau jumpa Madam N tu nanty takde lah jadi macam tu lagi.xoxoxo.Hehehehehe!! -SEKIAN-

Thursday, 6 December 2012

Best Movie..

Assalamuallaikum..Ehem ehem..tumpang lalu post baru nak masuk ni.EEEhh nak publish ni.Ha.Semalam tengok cerita ISTANBUL ,AKU DATANG. Guess what citer tu bestt sangat.AHAHAHA!! tak tipulah mase tengok cerita tu aku pon dok berangan sekali.Betul lah cakap orang citer ni memang best  ,tapi heran aku si mimi kata tak best.May be tu pendapat dia lah kot.Lain orang lain pendapat dia.Lain orang lain jiwanya.Mungkin jiwa aku lebih berbunga-bunga kot dari dia.May be...Tapi serius aku suka watak Beto dalam citer tu.Alolololo sweetttnya mase dia tolong Lisa surihani tu.Baiknyer dia..Ni nak kene pi Istanbul ka kalau nak cari yang macam beto tu?? Di samping tu jugak , cerita ni beri inspiration kat blogger macam aku ni.La watak Lisa kan jenis yang kuat bermain dengan blogger ni.So, boleh lah guna sikit idea2 dia. Sikit jer, Okay lah xoxoxo ..IZZATI.Hehehehehehe !!

Kejutan di siang hari :(

 Assalammuallaikum..sekali lagi HELLLOOO PEEPSSSSS !!.ahahahahah !!Buat po tu ?? Kalu nak study boleh tapi sebelum tu sila lah jelajah mata anda ker blog yang comel ni.Wkwkwkwkwkwk.! Perasan sendiri tak per , tak kene saman pon.Ok Lets move on the story.Okay classmate aku buat suprise petang2 dekat aku.Okay sebagai salah seorang pelajar yang baik ,aku tolong la kutip duit untuk beli buku calculus.Dah tu petangnya dia bagi mesej kat aku cakap Madam nak duit petang ni.Hellooo aku dah kat bilik tingkat 3 dan aku tgh tengok movie ni.Takkan aku nak berlari pergi fakulti plak.Memang seeh la aku.Semput tau.Okay lepastu aku call la si Daus.Hopefully dia dapat tolong hantar kan duit tu kat madam.Tapi hampehhh..aku call 2 kali tak angkat.Mungkin sembahyang kot.Itu aku maafkan lah.EEEHHH hello aku call kau 2 kali tak leh ke kasi respons sikit.Yer la tanya kenapa aku call ker ??Nak aper ker?? Ni tak.Dia tak tau ker tengah urgent .You know URGENT. You dont know i tell you.EEEEEEE!!!! rase nak hempuk dengan senduk ja.Okay Zatie sabar jangan marah sangat.Ok.dengan berani nya aku call madam tu sendiri tanya bila dia nak duit tu.Okay Alhamdulillah,madam nak duit tu esok.So tak payah la aku nak rushing pergi fakulti yang jauh tu.Fuhhhhh..Jap ambik jambu nak makan sat.Nyum!!Nyum !!So , biar aku settle sendiri ja bende alah ni.Okay..xoxoxo heheehe !! *Nisa and Sofea jangan gelak * -SEKIAN-

Wednesday, 5 December 2012

Today is Wednesday

Assalamuallaikum.Hello peeps :) * Mohon Nisa dan Sofea jangan nak gelak bila aku tulis hello Peeps.* .Hari ni Rabu, 5 Disember 2012.Semangat aku bersiap dengan baju merah menyala nak pegi kelas.Tup tup..Kelas batal.Okay tak pe.Balik bilik sambung tido .Pastu bangun balik pukul 9.30pg member call "wehhh kelas CALCULUS tak der ,batal " haaaa kelas batal.Lahai ni apa kes kelas batal ni.Ape lagi sambung tarik bantal la jawabnya.Lepastu makan tengahari dengan Ira , Mimi dan Irfan dekat IM.On the way aku nak amik nasi tu boleh plak la si Irfan bagi ceramah pengurusan Diet kat aku.Okay dengar jer la.Borak panjang jugaklah kat situ.Then pukul 2.00ptg ade kelas account.Okay so far kelas ni best.First impression yang menarik.Mane taknya lecterur sangat friendly and peramah.Nampak macam boleh sekepala dengan kelas kitaorang.Okay la tu.Lecterur cakap treat ACCOUNT like Boyfriend.Okay, i wiil treat account like my BOYFRIEND..Muahahahaha!! Heellooo  my new BF..Please help me to understand you n help me gets A+ in my account..Hahaha..

Ha lepastu Eta buat lawak spontan plak.Kes nya dia cari aku kat toilet.La nama Izzati ni bukan nya seorang kat level 3 ni so bila dia panggil nama izzati aku tak nyahut.Kang kalau aku nyahut salah orang plak.So selamba lah aku memerah kain Tiba2 ade orang lain yang nyahut.OOO rupanya orang lain nyahut,naseb baik aku tak jawab panggilan tu kalau tak malu besar aku.Bila aku turun bilik dia,dia tanya "ehh kau dengar tak aku panggil kau kat toilet??* Dengan muka nak tergelak."la kau ker Eta,kau ker yang panggil aku " KAHKAHKAHKAHKAHKAH !!Puas aku gelak kat bilik Eta. Nak terkeluar makanan dinner yang aku makan .HAHAHA!!!

K.Lah nak berenti tulis dulu.Mata dah nak pejam.Ngantuk okay.Kang kalau teruskan tulis tak pasal2 krohh krohh kroohhh depan skrin.Note : Krooh krohhh krohh tu berdengkur k bukan bunyi cengkerik.Okay la.See u soon.HAHAHA !! XOXOXO...(buat Nisa n Sofea mohon jangan ketawakan saya ) Okay..-SEKIAN-

Tuesday, 4 December 2012

IZZATI take a note ..

Assalamuallaikum.Hermmmm..ape nak cakap erk.



Pesanan untuk diri sendiri sebenarnya ,

IZZATI kau kene belajar hidup tak bergantung dengan orang lain.Ingat tak semua orang suka kau.Tak semua orang boleh menerima semua kelemahan kau.Tak semua orang suka perangai kau.Tak semua orang boleh terima apa kau buat .So , from today kau kene start untuk belajar hidup sendiri.Tak boleh terlalu ikut orang sangat.BERDIKARI.Belajar untuk hidup sendiri.Jangan terlalu bergantung dengan orang.Mungkin itu lebih baik untuk kau.Mungkin susah nak hidup tanpa bergantung dengan orang lain tapi kau kene belajar.Understand !BELAJAR!! .IZZATI BOLEHHHH !! CHAIYOKKKK!! FIGHTING !!..Just be yourself :) IZZATI COMEL.. -sekian-

Monday, 3 December 2012

First day Kelas Semester 2.

Assalamuallaikum.How are you?? Sihat ?? Saya Alhamdulillah sihat.Hari ni dah start kelas.First day in semester 2.Woww semester 2 dah.Hihihi.Okay best la jugak.Kelas pertama CSC128-COMPUTER PROGRAMMING .Wahh belajar komputer programming.Gempak bunyinya kan.Biase2 jer la kelasnya.Lecterurnya Madam A.Okay lah jugak tapi aku heran ,madam ni masuk kelas kurang dengan senyuman.Tapi itu  tak de lah kesah sangat biarlah dia.Not in mood may be.Tapi yang paling aku kurang best sikit bila dia kate " saya nak awak semua pakai kasut yang bertutup / bertumit bagi perempuan" What the meaning offf that ?? Adakah dia suruk kami ni pelajar perempuan pakai kasut hing heels 8 inci ker??Yang si Rush laju jer tengok kasut aku,yer la kan aku pakai SANDEL jer pon.Nak tak nak terpaksa plak aku pi keluar Bandar U pi cari kasut.Dah la aku ni masalah kalau pilih kasut,mane taknya kaki aku ni kecik jer kecik dan lebar sedikit.Nak cari kasut bertutup ni pon susah.Hampir 40 minit dalam satu kedai campur kan dengan tiga kedai lebih satu jam setengah lah untuk pilih kasut.Nasib baiklah ada ADEL ,AI ,MIMI ,IRA yang bantu aku pilih.Leceh jugaklah terpaksa test kasut banyak jenis.Yang kesiannya lagi on the way aku nak naik tangga ke bilik aku yang tingkat 3 ni , boleh plak aku tergolek kat tangga tingkat 2.Dah macam nangka jatuhnya.Maluuuuuuunyaaaaaaa!!!! .Tapi lepas tu bangun balik buat muka slamber.Macam tak de ape yang berlaku. Next ,kelas kedua CALCULUS 1 .Okay kelas ni memang best.Lebih lagi bila dapat lecterur yang lembut . Penuh dgn senyuman.Lecterur ni sempoi sikit.Seterusnya kelas BEL.Kelas ni sepatutnya ade 40 lebih jer.Tapi tak tau kenapa jadi 50 lebih.Wah ni kelas ker dewan ni.Lecterurnya pon boleh2 la.Nampak garang but still ok.Esok dia suruh present about myself kat depan.Dah la aku lemah bila kene cakap depan orang ni.Ketaq lutut siiiihhh...So malam ni kener la buat rangka sikit ape yang nak diperkatakan esok.Doakaanlah esok aku tak tergagap bila cakap kat depan.IZZATI CHAIYOKKKK,FIGHTING !!!!!.

Wednesday, 28 November 2012

Semester 2 ,I'm Coming

Assalamuallaikum...Lamanya dah tak tulis blog.Wahai blog yang cantik ,rindu saya tak ??? Hehehehehe nak menggatal dgn blog sendiri tak per.OMG lagi sehari dah masuk bulan DISEMBER.So maknernya ???. Semester 2 dah nak start la.Dulu masa zaman sekolah dengar jer bulan Disember mesti teringat cuti panjang.Tapi sekarang no more cuti panjang in DISEMBER , you must continue your study .Senang citer saya dah jadi Senior * kenyit mata sikit *Tak kesah la walaupon cuma senior sem jer.Janji  senior kerana sudah ada junior.WELCOME JUNIOR DIPLOMA SAINS KUANTITATIF / SAINS MATEMATIK     * baling bunga api ,mercun mercun roket *Hahaha.Alhamdulillah saya still diberi peluang oleh Allah S.W.T untuk sambung belajar.Good Newssss !! Result bilik dah keluar and saya still dapat roomate yang same.Yeayyyyy !! * lompat bintang + menari gangnam*.Nisa n Sofea.My mummy n daddy kat sana.But my sister Qilah tak dapat join kt orang dah.Bilik kami tak same.Huhuhuhuhu!! Ha nak tau bad newsss plak tak.Bad newssssnya saya dapat bilik tingkat 3.You know level 3 nuh yg dekat dgn bumbung.Tinggi ke atas.Yang lebih menyedih kan ialah dalam ramai2 classmate saya yg satu blok ,saya sorang /only me yg duduk tingkat 3.Yang lain di aras 2 dan 1.Wahh untung la korang.Lepasni dah tak boleh buat party pyjamas,parti movie dalam bilik aku dah.Serius korang tak kan naik sampai tingkat 3 tu kan.Cerita kan ummi n ayah kate dapat bilik tingkat 3.Laju jer ummi cakap '' T, naty kamu angkat barang kamu sendiri , ummi tak larat nak naik sampai tingkat 3 " huhuhuuhu Aku hanya tunduk dan cakap "Alaaaaa!!! " Ape nak buat.Lepasni jenuh merangkak la saya sampai ke tingkat tiga.Walaopon begitu , dapat tingkat 3 ni pon ade kebaikan nya jugak.Iaitu saya dapat continue program kurus saya.Ha.mungkin tak sampai 3 bulan berat saya akan turun dengan mendadak.Hal ini kerana mungkin saya akan malas turun tangga untuk beli makanan.Hehehe.Ha nampak tak kebaikannya di situ.Ade hikmahnya saya diletakkan di tingkat 3.Tak sabar rasenya nak masuk kelas .Nak study benda baru.Jumpa kawan yang selama ni hanya berkomunikasi dalam laman sesawang a.k.a FACEBOOK N TWITTER .Rindu kat diorang.Hermmm..oh lupa How about abang hensom yg saya minat dulu.??Still there?? Hahaha..Tak tahula dapat jumpa lagi ker tak. Okaylahh.Lagi 2 hari UiTM SERI ISKANDAR ,I'll  be back.*shuffle macam 2PM* hahahahahahahahaha *gelak macam Profesor Klon*

TAMAT

Tuesday, 13 November 2012

Alhamdulillah Lulus :)

Assalamuallaikum...Hui Hui hui semua.Ape khabar ?? sihat ?? Tak sihat ? Kalau tak sihat pi makan ubat la.Naty kalau tak sihat tak leh bace plak karya terbaik saya .WKWKWKWKWKWKW !!Okay first of all Alhamdulillah !! saya lulus exam semester 1.Yeayyy !!* Shuffle sikit sambil mop lantai * Kecut jantung saya nk tunggu dan tengok  Result mcm2 bunyi ade DUPDAPDUPDAPDUPDAP !! , KREKKREKKREK!! , dan sebagainya lg la.Walaubagaimanapon ,bila dah tengok result saya yg sangat baik itu perasaan yg banyak bunyi tu semua sudah kembali tenang dan hati ni plak yg rase nk berjoget ,bershuffle ,dan sebagainya lg la.Cepat2 amik phone call ummi bg tau result.Ummi cakap Okay la result tu tapi sebenarnya bleh dapat yg lebih baik lagi.Saya pon fkir begitu.Tak per la mungkin bukan rezeki saya untuk dapat DEKAN sem 1 ni tapi, Sem 2 insyaallah. Its ok its alright , Izzati fight fight.TAHNIAH !! kepada mereka yg mendapat DEKAN  tak kira la budak FSKM ,FSPU ,AKAUNT ka dan sbainya lg .TAHNIAHHHH untuk korang.

Monday, 5 November 2012

Peminat SYED SHAMIM

Salam...Intai sikit ruang blog ni..--->>>

                                         *hello sape di dalam ,saya di luar.yuhhuuuuu !!!*

OK sebelum terlupa nak ucapkan WELCOME NOVEMBER !! Ehhh dah november dah.Ok dah lame tak update blog  aku yg comel ni.Lame ker?? Lame la jugakkan.Rindu saya tak?? Opkos la rindu kan.HAHAHAHA!!!Ok tak update blog sebab semenjak dua menjak tiga menjak ni buzy sikit .Buzy mendownload video Syed Shamim dan Tasha Mashahar.Ha??Korang mesti tanya siapa diorang ni?? EHH korang tak kenal ker ?? Diorang ni la org yg tengah hangat di youtube,blog , dan twitter.Oleh kerana aku minat kat diorang ,aku follow diorang kat twitter.Seriusly tak kesah sangat kalau Tasha Mashahar tak follow aku balik tapi yg menjadi terlebih kesah bila  Syed Shamim tak follow aku balik.Ok Sedih ni...T_T.Perasaan jeles membuak2 bila tengok ade orang dpt tweet dgn dia.Aku memang la boleh tweet dgn dia tapi dia tak dapat nak bace balik tweet aku tu sebab dia tak follow aku balik.Ok semalam dia bg teka teki kat twitter,dia cakap sape dapat jwb dia follow org tu.Laju aku tanya kat mimi,ape jwpn teka teki tu.Aku dah agak jawapan teka teki tu bayang-bayang tapi disebabkan perasaan tak yakin tu aku tak jawabla.Ok bila dia tweet jwpn kat twitter rupa-rupanya bayang-bayang.Bayangkan lah rase nak masuk kan kepala dalam beg laptop ni.Puiiiihhh asal la aku tak jwb jer soalan tu walaupon tak yakin dgn jwpn nya tu.Ok.sedihhhh .Lepastu dia bagi lagi teka teki yg lain plak.Apalagi laju jer tanya mimi ape jawapannya.Sedih melanda bila mimi kate dia pon tak tau jwpn tu.Rase nk  menjeritttt jer tapi ingat dah tgh malam kang kalau aku jerit mau makan pelempang la jawabnya.Perasaan jeles dah menjadi2 ,membuak2 dah segale jenis mem lagi lah bila ade org tweet ckp 'EEE SERONOK NYA SYED SHAMIM FOLLOW BALIK'.nak jer balas tweeet org tu 'EHHH KAU JGN NAK BELAGAK SANGAT BOLEH TAK PUIHHHH'.ok.bukan harinya lagi  si Syed Shamim ni nak follow aku balik.Sabar separuh daripada iman kan.So sabar jer la.OK ,aku suka bile tengok gaya dia dengan topi dia dan gitar dia tu.Perghhhhh Semat tuuuuu.Suara dia pon sedap.Yer la ramai org kate



Hermmm.Ok lah serius nak cakap yg SYED SHAMIM ni memang HENSEM.Wkwkwkwkwwk...

TAMAT.


Thursday, 1 November 2012

Cooking !!!!

Peace be upon you and Hello guys and girls :) Whats up !! Ha korang tengah buat po tuh.Adakah anda tengah :-


  •  melayan perasaan
  • berangan jumpa hero kacak
  • main guli dgn adek
  • main lari dalam guni 
  • online fesbuk
  • online twitter
  • kunyah makanan
  • termenung sahaja.
  • buat tak tahu
Ha,pilih la korang tgh buat pe?? Jawab dalam hati yer.Jawab kuat2 pon boleh tapi naty kalau ade yg tegur bising jangan salahkan saya yang comel ni.Hahahaha.Agak lebih 2 hari dah tak tulis ape-ape kat blog ni.Almaklumlah buzy sikit.Buzy ke??? Takde lah bukan buzy sangat pon cume no idea je nk tulis ape.Sebelum buka blog berguni-guni idea mencurah-curah tapi bila dah buka blog hadoyaiii ape pon tak de.Semuanya lupa.Entah kenape sejak cuti panjang ni memori kurang la plak.Ye lah mane taknya, masuk bilik nampak katil jer terus pejam mate.Tu yang tak boleh duk kat bilik jer.Bahaya !!!.Ha semalam aku tolong ummi buat dadih.Sape tau dadih sila jatuh tangan.Ecececece gurau jer ma.Ummi suruh aku buat dadih sebab ummi cakap nak bagi dekat students.Aku yg rajin lagi comel ni pon ape lagi pi kat dapur masaklah dadih tu.Aku buat dua jenis dadih satu jagung dan satu lagi cekelat bak kate mat luthfi.Korang mesti tertanya tanya eh sedap ke budak ni buat dadih , jadi ker ?? Jawapannnya ,opkos la jadi.Bukan takat jadi jer malahan sedap.Hal ini diperakui apabila all my sisters n brother makan dadih tu lebih daraipada satu bekas.Nampak tak kesedapan dadih buatan IZZATI di situ.Wahhh sedap sehingga menjilat jari. Ni ade la sikit nak tunjuk gambar dadih yg saya buat.---->>>>

 ha yang ni  mase baru dituangkan ke dlam bekas yang comey2 ni...

Ha ni plak time dah nak simpan dlm fridge a.k.a peti ais. Yang ni semua perisa jagung perisa cekelat kat bawah ---->>>

Ha yg ni dadih cekelat.Dalam bnyak2 dadih,dadih ckelat ni la yang paling laris di dapur.Buka peti ais je dah tak nampak dadih cekelat.Semuanya dah masuk perut all my sisters la.Hahha...Tu jer kot nk citer buat mase ini,buat ketika ni.So,hopefully dapat tulis lagi.Ok cau dulu.Salam.

TAMAT