Tuesday, 31 December 2013

31 DECEMBER 2013

Assalamuallaikum everybody !!!.

Hari ni nak update blog sebab hari ni 31/12/2013.Last day untuk tahun 2013. Sedihnya dah nak tamat 2013. Tak boleh sedih life must go on and tommorow i will shout " WELCOME 2014 " . Sebelum kita bercerita tentang tahun baru meh kita imbas balik tahun 2013. Semua orang mesti ade best moment dalam tahun 2013 ni kan. Aku pon nak share la jugak moment moment terindah kate koww.

Okay bende best terjadi dalam 2013
  • Sambutan hari lahir termeriah sekali
  • result exam yang thorbaik walaupon belom dekan
  • bercuti bersama kengkawan ke Pulau Pangkor
  • Mengikuti program Anak Angkat / MDAB
  • Jenjalan raya bersama classmate
  • Amik lesen kereta
Banyak lagi kot , tapi ni jer yang terkeluar dari kotak fikiran . Cerita sambutan hari lahir tu tak yah cite dah kat sini.Sebab aku dah post cerita birthdayy dah lama.So yang tak baca lagi boleh silalah kat older post untuk tengok dan baca. Result exam yang thorbaik tu pon dah cerita rasanya. Cerita yang belum diceritakan lagi akan aku cerita tapi bukan hari ni .So wait ok.

Benda paling biasa orang akan tanya bila masuk tahun baru ni ialah azam.Untuk tahun baru yang akan datang ni, korang dah ada azam ke belom.Ke ade yang nak sambung azam tahun ni ke tahun hadapan. Azam aku _________________________________________ .

Kenapa aku buat macam tu, sebab azam aku banyak.Yang tahun sebelum sebelum ni punya pon ada lagi. So rasanya azam saya tahun 2014 ni ialah selesaikan azam azam tahun sebelum ni yang belum selesai lagi. Kalau tak selesai jugak kita continue next year nya lagi.

So, untuk korang korang semua , HAPPY NEW YEAR - SELAMAT TAHUN BARU.Semoga tahun baru korang akan lebih bermakna dan sentiasa berbahagia dunia dan akhirat.Amin.

p/s: Dengan ini saya akhiri tahun 2013 dengan status "single". Tunai. Sah.

Sekian.

Thursday, 28 November 2013

New Entry has been updated.

Assalamualaikum.

Haiii uoollsss.Lama tak update blog ni. Busy sikit .Ehh busy ker ?? Hari-hari tidor jer. Alhamdulillah masih diberikan nafas untuk meneruskan kehidupan dan diberikan kekuatan untuk menulis. Actually bukan tak nak update , nak update tapi kadang-kadang idea tu main acah-acah tak nak keluar pulak.Bila time tengah malas , duduk pon atas kerusi malas dan goyang kaki bagaikan raja , barulah idea tu datang mencurah-curah bagaikan air sungai yang mengalir begitu derasnya. Cerita baru now saya dah masuk part 4.Semester 4 Diploma Sains Matematik.Alhamdulillah diberi peluang untuk terus belajar . Biasa lah setiap sem ade cabaran dan dugaan yang mesti kene harus perlu ditempuh.
Untuk sem ni , saya akan belajar.... Jeng jeng Jeng !!!

MAT263 - LINEAR ALGEBRA I
MAT283 - CALCULUS III - B
MGT162 - FUNDAMENTALS OF MANAGEMENT
QMT200 - PROBABILITY AND STATISTICS I
QMT335 - INTRODUCTION TO BUSINESS FORECASTING
Ha nampak macam susah jer kan . Ehh mane ade bende yang senang sangat. Bak kata pepatah melayu bersusah-susah dahulu , bersenang -senang kemudian. Jadi tak per bersusah dahulu demi mengejar cita-cita dan  kejayaan.Wahh gitu kauu...

Okay , about kolej now.So far , Alhamdulillah dapat kolej lagi.Dapat tempat untuk berteduh . Macam biasa lah aku dengan tingkat 3 tu dah tak boleh dipisahkan lagi.Bak kata pepatah lagi , Bagai aur dengan tebing tak pon bagai isi dengan kuku , bagai kau dan aku ..Ehhh yang akhir tu pepatah buatan sendiri. Rezeki di tingkat 3.Walaupon mula2 tu macam tak boleh terima kenyataan dapat tingkat 3  , tapi so far sekarang dah boleh terima dah.Bagus jugak lah untuk aku yang nak kurus ni.Yang penting dapat roommate yang sempoi , gila-gila dan satu kepala jugak macam aku. Bezannya sem ni i duduk dengan junior uooolllss.Jadi kakak lah i dalam bilik tu.

Kak Zatie OOOOOOO Kak zatie ......

Next , secara jujurnya memang berat aku agak naik. Bukan tak nak kurus , nak kurus tapi nak kurus bukan boleh amik masa yang cepat.Guna magic jer boleh kurus.Kalau ade bende macam tu dah lama dah cuba.Nak kurus yang semula jadi ni perlu makan masa lah sikit.Disamping makan masa, banyak cabaran atau dugaaan nya.Terutama makanan .Itu adalah dugaan paling berat untuk orang  gemuk macam aku ni nak kurus. Owhh sebelum tu nak cakap kurus yang semula jadi tu maksudnya kurus dengan cara natural , tak pakai mesin mesin slim ni sume. So bila orang kadang -kadang dok sebut sebut kau ni nampak besar lah , tanya bila nak kurus lah , ape lah.Korang ingat nak kurus ni senang ker.Celah gigi jer ker boleh kurus.Bukan ape seriusly , kadang-kadang boleh rasa tension jugak bila orang dok tanya, asyik tanya pasal nak kurus lah ,bila nak kurus lah. Sape lah yang tak nak jadi kurus.Perempuan mane lah yang tak nak jadi kurus.Semua perempuan dalam dunia ni nak jadi kurus dan cantik.Tapi bukan lah senang nak jadi kurus dan cantik ni.Macam-macam kene buat.So kepada sesiapa yang asyik /dok tanya pasal kurus ni ,pleasee lah benda ni bukan senang okay.Aizat Amdan tu pon amik masa 6 bulan untuk kurus  dan di tambah kan dengan  tak makan nasi selama 6 bulan.Kalau tak makan nasi 6 bulan tu in shaa Allah boleh la kurus cepat sikit. Tu lain lah citer nya. So tolonglah memahami gadis-gadis yang bertubuh besar a.k.a tembam ni. Memanglah sepatutnya pertanyaan diorang pasal kurus ni kita jadikan sebagai pembakar semangat untuk kurus , tapi kalau setiap kali jumpa , setiap kali nak tanya pasal kurus tu bukan lah pembakar semangat dah , tu namanya ade yang nak kene bakar la tu.So , sekali lagi kepada anda-anda semua , jangan ingat orang gemuk ni tak der perasaan okay. Orang gemuk pon ade perasaan , so jangan cakap ikut suka suka kembang suka-suka kecut jer. Benda ni semua makan masa. Sedangkan orang gemuk nak kurus pon boleh bersabar , ni korang yang dah kurus cantik semua ni tak boleh ke turut bersabar sekali. Okay sorry bukan emo cuma nak meluahkanlah ape yang terpahat , tersimpan , terperuk dalam hati ni. Ye lah kadang-kadang orang tak tahu ape yang kita rasa kan.

So , doakankan saya before saya kawin nanty , saya dah kurus.In Shaa Allah. Hermmm...

SEKIAN ...



Sunday, 4 August 2013

My Birthday dan Iftar with ACS1133B members !!

Assalamualaikum semua !!! Happy birthday to me  !! Happy birthday to me !! Happy birthday to Izzati !! Happy Birthday to me !! Yuhuuuu !! Pada 24 Julai 2013 genaplah umur aku 19 tahun . Hahaha !! Dah besar rupanya budak comel ni.

Pesanan untuk diri sendiri :
  • Dah besar ni , jangan nakal-nakal
  • Jadi orang baik
  • Dengar cakap parents
  • Pandai jaga diri
  • Jangan suka membazir
  • Jangan makan banyak , #Eh 
  • Jadi orang yang boleh menggembirakan orang lain.
  • Jadi anak yang solehah tau.                                          
Oleh kerana hari lahir aku jatuh pada bulan Ramadhan , so aku pon buat decision untuk belanja semua classmate aku berbuka puasa. My mom setuju jugaklah dengan plan aku ni.And thanks to my mom sebab tolong book and discuss the menu .Kalau nak harap aku buat sensorang memang kelaut lah citer dia.

Okay semua janji nak gerak sekali pukul 6 petang. Dan secara tak sengajanya aku sendiri yang lambat .6.10 ptg  baru aku sampai.Lewat 10 minit. Sorry guyss lambat.Lah ingatkan aku sorang jer lambat, rupanya ade lagi yang lebih lambat dari aku.Nasib baik kite gerak jalan kaki jer.Ni kalau naik bas mau kene tinggal macam ni.

Memang seronok lah kan berjalan beramai-ramai gitu ala ala rombongan budak tadika nak pi KLCC.Kihkihkih !!Biasalah dalam berjalan mulut tak kan berhenti bercakap lah muka tak berhenti senyum sebab ambik gambar.Bukan tu je siap buat video lagi tu.


Kan dah cakap , dimana ade kamera , di situ ada kami.Hahahah !! Mesti ade yang tertanya2 mane classmate  kau yang lelaki sume?? Classmate aku yang lelaki sume jalan lambat .Agaknya diorang jalan lambat sebab kira setiap langkah agaknya.Satu langkah berenti , dua langkah berenti tua yang lambat tu.So , they not in this picture .

Sampai jer kat kedai makan sume pakat cop tempat lah.Nak duk situ nak duk sini.So belum waktu berbuka lagi , diorang pon ade yang pi bazar nak beli air tambahan.Air kat bazar murah RM2 bleh dapat air sejag tau.Sambil tunggu buka puasa , lepak lepak dulu , sembang sembang , amik gambar ye lah nak jadikan sebagai memori terindah gitu.




Nampak tak muke sume tengah lapar.Lapar lapar pon still boleh senyum amik gambar lagi tau.Hahaha !!


Ni la dianya classmate lelaki yang jalan lambat tu. Sampai jer kat depan meja makan memang tak gerak tempat lain dah diorang ni.Duduk jer depan meja makan tu.

Menu hari tu ialah : Nasi putih , tomyam , Ayam paprik , daging masak merah , sayur goreng     (pakcik kedai bg free) dan air sirap.



Nampak menyelerakan !! Nyum nyummm !!

Bila semua dah berkumpul ,dengar jer azan bace doa makan dan terus suapkan nasi ke mulut tanpa menoleh kiri kanan.Orang sebelah mintak lauk pon tak perasan sebab fokus sangat menikmati makanan depan mata tu.


                                            Nampak tak semua mata tenung nasi.


Ha yang ni lagi la muka happy gila jumpa makanan.Senyum sampai ke telinga.

TIBA-TIBA !!!

Ade orang bawak kek berdiri sebelah aku lepas tu diorang sume pakat nyanyi lagu Happy Birthday kat aku .Omg !!! diorang buat kejutan untuk aku.Seriusly aku terharu sangat sangat.Lepastu masa diorang nyanyi tu aku malu malu nyorok belakang ira.Ye la bukan diorang jer yang nyanyi lagu happy birthday kat aku , sape jer yang ade dlam kedeai tu pon nyanyi sekali.Opkos la malu.Dah rase nak nyorok bawah meja dah.


Nampak tak budak tudung purple tu yang tgh malu2 !!


Potong kek !! Time ni memang terharu sangat nak menangis , air mata tak nak keluar plak.


this is my birthday kek !! Besar ok !!

Lepastu sume pakat calet krim kat muka aku.Takpe hari ni aku benarkan.


Look my face  !! ade krim cekelat la !!


Sesi potong kek !! Kek Secret Recipe sape tak nak !!


Sesi suap menyuap aku n jihah !! Selera muka jihah makan kek ..


Ok semua sayy cheese !! 


Diorang ni la pegurus terbesar yang mengendalikan hal ehwal kek bagai ni.Thanks korang !!

After makan, before gerak pi solat maghrib kiteorang amik gambar lagi.


Classmate ku yang paling best !!!


Classmate ku yang sempoi sempoi !!


Classmate ku yang hebat !!

TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK !!!!

Selesai solat maghrib , otw balik U . Wa dikejutkan lagi dgn prank tepung.Perghhhh tepung kot.
Dan tak sangka ni semua plan Ira.Thanks Ira belanja tepung !!


Before kene tepung : 
Muka bahagia jer time ni !!


Semasa kene tepung : 
Perhghhh mata masuk tepung tak leh tengok kamera.


Selepas kene tepung :
 Muka still happy walaupon dah penuh tepung.

Bukan aku jer mangsa tepung , satu kelas kene tepung. Adil la kan. Sape tak kene tepung kiteorang kasi kene. Before balik main bunga api dulu.Lepas tu aktiviti wajib ialah Amik gambar la !!


ACS1133B Super Duper Bestttt !!!

Thans korang sebab belanja kek  dan tepung !!!

Sayang korang !!! Yeayy !!

Sekian with love !!

Friday, 12 July 2013

Bazar Ramadhan :-)

Assalamualaikum. Alhamdulillah dah 3 hari kita berpuasa.Korang puasa ke tak?  Kalau puasa alhamdulillah.Hermm petang2 korang buat ape ha? Mesti pergi bazar la kan.EEEE!! Izzati ni tanya soalan ape la.Sama la dengan titewww , titeww pon pi bazar jugak petang2.Ha paham2 la bazar macam mana kalau tak padat penduduk tu bukan lah bazar namanya.Mungkin nama lain kot.



Ha semalam habis koku pi la bazar.Bila pegi bazar pukul 6.25 petang memang kau dah tak boleh tengok makanan la.Orang berpusu-pusu datang , sampai nak tengok makanan pon tak boleh.Oleh yang demikian , makanan ape jer yang jumpa nampak sedap terus beli.Tak boleh pikir lama2.Nanty kalau pikir je bila time nak beli dah habis pulak.Kan dah merana lepastu meroyan tak tentu pasal.Dalam kepadatan pembeli yang ramai tu terserempak plak dengan classmate aku si Harun , Irfan n Daus. Benda yang terlintas nak cakap bila jumpa diorang kat bazar ni ialah

Weehhh tak nak belanja aku ker?

Ehh Izzati !

Tu jer yang diorang akan cakap la . Dah jumpa diorang terserempak pulak dengan classmate foto aku si Amirud a.k.a.Amirul.

Wehh banyak beli , tak nak belanja aku ker?

Ehhh bukan tak nak belanja , hang pa taste tinggi.

Amboii !! Pandai pulak budak ni berkata-kata ya.Sebenarnya ,bukan lah mintak diorang belanja betul2.Tapi dah jalan kat bazar memang tu jer lah ayat yang nak terkeluar dari mulut ni.Gurau -gurau dengan diorang.Pe salahnya ye tak.Tapi kalu ade yang nak belnja betul-betul tu ,Alhamdulillah la kan.Orang memberi kita menerima.Rezeki depan mata jangan di tolak.

So,lagi bebrapa minit nak berbuka ,ucapan sebelum nak berbuka ni biasalah SELAMAT BERBUKA PUASA dan makan biar berpada2 nanty nak solat terawih pulak.

Sekian :)

P/S :Saje nak bagi tau menu berbuka puasa hari ni Nasi Kandar , Teh o Laici  , Roti John dan Puding   jagung.Tak habis simpan lepas terawihh.

Wednesday, 10 July 2013

Ramadhan is Here !!

Assalamualaikum. Yeayyy dah start puasa.Masih tak terlambat lagi kan nak ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak.Semoga puasa tahun ini lebih bermakna.


Ha.Semalam dah start solat terawih.Excited kot nak pegi solat terawih. 8.30 malam terus pergi PI *Pusat Islam*.Alhamdulillah , ramai yang pergi solat terawih semalam.Agak penuh jugak la PI tu sampai keluar.Sejuk hati lagi bila tengok kaum adam yang memenuhi PI.Ni dah boleh  pilih jadi calon husband dah ni. Ehhh izzati gatalnya kau.Hihihihi.Gurau jer.

Sahur pertama pukul 4.20 pagi.Agak awal jugaklah.Tapi kalau dah alang2 bangun tu bangun teruslah.Karang kalau tidur balik tak bangun pukul 5 susah pulak.Jawabnya kalau macamtu tak sahur la.Menu sahur tadi biskut Captain Munch dengan roti coklat beserta air mineral.Alhamdulillah tu pon dah cukup memadai.

So tadi balik kelas , lalu depan bazar ramadhan.Okay bazar ramadhan a place where u have to battle with ur nafs and ur purse.Survey dulu . Ok dah pikir nak beli ape.Buka puasa ni tak boleh lah nak makan banyak2.Karang kalau makan banyak ha nanti tak larat pulak nak terawih.So pesanan untuk diri sendiri dan semua jangan makan banyak2 yer masa berbuka.Makan ala kadar sudah.Janji kita berbuka. Selamat berpuasa semua.

Sekian...

Tuesday, 25 June 2013

KEEK

Assalamualaikum.


K to the E to the E to the K to the KEEK !!

Keek ?? Amende keek ni ? Keek is the new social network.Tak der lah baru sangat tapi new la jugak.Kenapa nama dia keek erk? Tak kesah la kenapa dia letak nama keek tu.Bukan masuk exam pon.Keek ni tempat nak share quick video updates la. Lebih kurang macam tu la. First time aku dengar pasal keek ni last year . Dan aku mula memasuki dunia keek ni tahun lepas jugak la.Ni semua berpunca daripada video keek anak tomok Arrian.Nak tengok keek anak tomok punya pasal maka terlahirlah account keek aku.Pandai pulak diorang suruh kita buat account keek , kalau tak buat account keek tak bleh tengok video dalam keek ni.Amboiii banyaknya aku sebut keek ni.Aaahh janji keek.Aku bukan lah minat sangat pasal keek ni just suka2 macam tu jer.Dah main keek ni gatal pulak tangan cari keek #MB.

Keek pertama yang aku terjah ialah siapa lagi kalau bukan si Megat AD.Okay boleh tahan juga video yang dia upload.Video poyo-poyo belaka.Tapi bila tengok mesti nak gelak.Lebih-lebih lagi video dia buat gwiyomi  dan yang paling latest video kak ton nyanyi.Hahahaha!! kak ton nyanyi tu memang tak leh bla la kan.Next keek Aizat.Keek dia pon  boleh tahan jugak la.Habis sweet la kan  dia cakap rindu kat someone dalam keek.

Actually keek is just for fun jer.Sangat sesuai korang nak guna and buat video keek ni bila time tengah bosan tahap kritikal.Dah buat keek ,lepastu korang upload n lepastu tengok keek korang bila dah upload and lastly korang gelak sendiri bila tengok gaya korang dalam video keek tu.Hihihi..rasenya memang ade orang yang buat macam ni kan.

Sekian..

Monday, 24 June 2013

Bersama Jayakan Impian :)

Assalamualaikum..

Tak nak cakap banyak just nak share video MegatAD ni. GIGIH-Bersama Jayakan Impian.* Tajuk video dia lah*


Gigih-Bersama Jayakan Impian with MegatAD yaww !!


Class cancel vs Ceramah Polis -.-

Assalamualaikum.

Pagi-pagi lagi dah ade orang buat kejutan.Okay kalau kejutan yang best tu tak de lah aku stress sangat tapi kejutan yang lain.Pagi2 lagi dah ade yang hantar mesej

izzati kelas pukul 8 ke 9 pagi?

kelas  start pukul 9.

Tapi bukan kelas memang start pukul 8 ker?

Lepas jer aku dapat mesej ni tengok jam dekat phone dah pkul 7 pagi.What pukul 7 ?? Bayang kan korang dah set  nak pegi kelas pukul 9 lepastu tetibe orang text kau sebut kelas pukul 8 dan time tu pulak kau bangun pukul 7.Tak ke kelang kelibut dibuatnya.Ape lagi amik towel lepastu terus berlari pergi toilet tak tengok kiri kanan dah.Nasib baiklah toilet tak penuh.Tak sanggup aku nak tunggu pulak kat depan pintu.For boys mungkin la kan  kelas pukul 8 pukul 7 ke 7.45 baru bangun tu bukan masalah la kan.Yer la diorang bukannya kene seterika baju *ee poyo nya sebut iron sudah lah * .Diorang pakai hamik jer baju yang mana ade pakai tangkap muat jer.But for girls ,  Nak seterika baju lagi ,tudung.Lepas tu lumrah perempuan suka duduk depan cermin.Ye la nak buat tudung kasi maintain lagi.Biar nampak comel.Comel untuk diri sendiri.Itu semua amik masa tau.Sampai jer faculty tengok member2 boys semua dah naik kelas.Yang aku kat foyer ni dengan Ira dok pikir nak naik ker tak nak yer la kang bila dah naik kate tak de lecterur kene turun balik pulak.Kalau naik tingkat satu no hal la lagi ni nak naik tingkat 3.Memang tak la korang nak suruh aku naik banyak kali.Lastly decide nak naik jugak sebab dapat mesej kata lecterur dah masuk. Sampai jer depan pintu kelas..
 Ehhh korang kelas batal.

Apa? Kelas Batal? 

Haah .

Kenapa baru nak cakap lepas aku dah naik tingkat tiga and dah depan pintu kelas.Huhhhh sabar izzati.Dugaan di pagi hari la tu.

Lepastu pergi Dewan Sri Iskandar plak. Ade ceramah pasal polis komuniti amende tah.Okay datng dewan pukul 9.30 lepas tu duduk tercongok tengok orang kiri kanan dah pukul 10.00 pon tak start lagi majlisnya.Orang kat dalam dewan tu bukan makin kurang makin ramai.


                                                Nampak tak betapa penuhnya dewan ni.

Hebat permainan diorang nak suruh datang ceramah dengan memberi 10% markah untuk koku.Gila kau tak nak markah untuk koku.Senakal-nakal aku sekalipon aku tak nak lah repeat koku.Dah berejam tunggu masih tak start2 jugak lagi. Hooooiii memang bosan la citernya.Dan bila dah bosan kerja2 seperi ini la yang akan dilakukan--->>

                                                       Memang tak der kerja la kan.


                                            
                                Okay tudung aku mantain..HEHEHEH !! *tolonng abaikan yer *

Okay.Nasib baik habis cepat, kalau habis lambat mahu meroyan aku kat situ.Meroyan akibat kelaparan.At the end salam dengan rektor lepastu lari dekat pintu amik stiker . Dah la beratur bukan main panjang lagi nak amik stiker tu.But Demi stiker beratur panjang pon sanggup aku lalui.Hihihihi !!.

Sekian..




Sunday, 23 June 2013

Si Aizat !!

Assalamualaikum..

Mood nak menulis mula datang pelan-pelan.Aku rase aku tahu pasaipa mood nak main blog ni datang.Ha ni mesti punca dari blog Aizat la ni a.k.a
Ni semua hang punya pasai la ni. Keseronakkan membaca blog kau membuatkan aku rase nak update blog aku yang agak berhabuk dan bersawang cuma takde spider jer.Kang kalau cakap ade spider kate tipu ye idok.

Siapa Aizat ni? Korang yang dah ade twitter kompom kenal lah budak femes kat twitter ni.Alah dia ni geng dengan MegatAD a.k.a Megat Amir Danish tu.Tak tau la pulak kenapa petang tadi rase nak stalk blog dia.So nice la blog dia.Sekali baca mungkin tak rase ape la.Tapi dah berentry-entry aku bace rase nak gelak tergolek.Bukanlah entry dia kelakar sangat tapi cara dia tulis dan sampaikan cerita tu yang rase okay boleh tahan nak gelak jugaklah. 




Ni la si Aizat tu --^

And Guess what? Dia ni belajar dekat UiTM Seri Iskandar.Agak ketinggalan la jugak aku ni sebab baru tahu yang dia ni study kat sini. OMK macam ade harapan jer aku nak kawan a.k.a jadi buddyz dengan MegatAD ni.La  rupanya dia dah habis study kat sini.Kata Jihah dia ni last sem mase aku sem 1.Wa memang tak kenal la time tu.Angan angan nak jadi buddyz MegatAD sudah terbang di bawa angin sepoi sepoi bahasa.Ade rase frust la jugak.Sikit jer la.

Hope soon la kan dapat jadi geng buddyz diorang ni.Ha kang start la berangan aku.Awan berkepul-kepul atas kepala. Lepastu start drama Awan Nano yang tak berapa nak Nano sangatlahkan.Jadi kawan biasa pon dah ok.Just friends . Korang mesti kata amende lah yang best sangat sampai aku nak kawan dengan diorang ni .Entah aku pon tak tau amende yang best nya tu tapi aku still nak jadi kawan diorang.Tak pe kawan biar beribu , berkasih tu biar satu.

So nak citer banyak pasal Aizat ni pon aku tak tahu nak citer ape.Ye lah yang aku minat MegatAD bukannya Aizat ni.Just to share la kan about him . Wahh cakap macam kau dah kenal dia bertahun-tahun kan.Biarlah. Just to say dia ni Senior aku lah kan.Walaupon bukan senior kos tapi dia senior aku kat Uitm ni.

Sekian ...


 

Sunday, 16 June 2013

RICE BECOME PORRIDGE !!

Assalamualaikum..Hello everybody.Selamat Pagi SERI ISKANDAR !!.Pejam celik pejam celik dah masuk 2 minggu saya yang comel ni mengharungi semester 3 .Perghhh guna ayat mengharungi tuu .Nak cerita pasal apa erk ?? * THINKING CHAIR *

First day masuk hostel , memang ade rase agak teruja la kan.Yer la dapat duduk dgn kawan2 balik .But my first day in hostel for this sem  tak macam yang saya fikirkan. I DON'T HAVE ROOM !! .What  ?? tak der bilik.Bila aku cek balik nama aku dalam senarai tu, ade jer nama aku clean and clear.Dan first day tu jugak , saya yang comel ni terpaksa menumpang di bilik orang.Agak sedih la jugak time tu T_T. Esoknya , memang  serang pejabat kolej la citer dia.Habis pak cik makcik kolej tu aku serang.Mane taknya kita nak mempertahankan hak kita, bilik kita !!!."JANGAN AMBIL BILIK SAYA ".Dan akhirnya pak cik dan mak cik kolej kalah and i got my room back !! Yohhoooooo !!.

But !! Saya bukannya dapat bilik jer tapi dapat roomate baru yang datang dari seberang nuhh.Guess what ?? i stay with Acheh students.Ya Indonesia students.OMK !! Bila cerita jer kat member yang lain semua pakat mengucingkan aku cakap jawa.Ape ingat orang indonesia ni jawa sangat ker?Actually , diorang ni ok jer.Walaupon kadang-kadang ape yang diorang cuba cakap tu macam tak sampai jer dekat aku.Conversation yang agak sukar sedikit.Additional information is diorang ni budak yang pandai tau.Bukan takat pandai , loaded lagi tu.Kalah aku.For me this is experience la h kan dapat duduk dengan orang baru yang bukan dari negara kita. Macam my daddy said la , satu hari dia jak kau pegi Indonesia tu.Untung2 dapat bercuti kat sana , pegi BALI ker kan.Hehehehe!!

And another thing is i got new member in my class.Mula2 memang rase tak suka ade member baru dalam kelas.Tapi nak buat macam mana rezeki budak tu nak masuk kelas kita, so kene redha jer la.But yang agak tak bestnya tu budak baru tu sama nama dgn aku.Eyyy cukuplah aku kat sekolah dulu dalam kelas ade tiga orang nama sama dgn aku.Bayangkanlah bila lecterur panggil Izzati , ha yang mana nak bangun.Thats is the problem for me.How to say , rice become porridge.I'm still have to stay a class with her.Hermmm...

Opsss got to go.See u later.SYS !!

Sekian.....

Sunday, 2 June 2013

Here i am :)

Assalamualaikum. Heyyooo everybody !! how are you? if not good please take your medicines a.k.a ubat .Firstly , i'm Here !!! Lama dah tak berceloteh kat sini.Almaklumlahhh susah nak betul nak dapat mood menulis ni.Ni sekarang mood mariii.So jom kita  menulis.This is last week cuti before masuk balik U continue study for semester 3.Alahai pejam celik pejam celik dah nak habis cuti dah.Seriusly mood nak balik u memang agak kurang la.Tapi mood nak study tu memang ade siap berkobar-kobar lagi.Semalam 2 jun.Para junior ku telah masuk mendaftarkan diri di uitm Seri Iskandar.Ohhhh sebelum tu " SELAMAT DATANG KE UITM SERI ISKANDAR" yipppppiii !!! Berseronoklah di minggu MDS ni.Hahahahahaha pantas siswa !! pantas siswi !! :)

Ingat Megat AD ?? Ala Megat Amir Danish tu..dengar cerita kat fb dia dapat tawaran sambung study dekat UiTM Melaka. La kalau dia dapat U dekat Seri Iskandar kan bagus.Dapat lah aku peluang sikit kalau nak jumpa dia dengan lebih dekat.Tak pe lah ade rezeki boleh la jumpa dia ni.Hahahaha namak tak kegatalan aku kat situ.La nak kenal dia sebagai kawan dan mungkin  sebagai mentor dalam fotografi .Why notttt kan..

Ok, nampak nya  macam kene berenti tulis jer , see you later la !! boboyyyyyyyyy!!!

Sekian :)

Sunday, 12 May 2013

9 Mei 2013

Assalamualaikum semua.Hey guysss !! Lama tak jelajah blog.Nak kate busy boleh tahan la.Khamis hari tu 9 MEI 2013 telah keluar result exam semeser 2.Kembang kecu kembang kecut jugaklah menanti email dari pihak universiti.Seriusly , untuk mengelakkan kenervesan terlampau.Malam 8 mei tu aku keluar pegi jenjalan , makan2 .Tinggalkan fikiran mengenai result tu kat rumah.Have fun kat luar.Tapi tu la bila balik rumah , amik kau nak tidoq pon susah.Dup Dap Dup Dap jer rase.So lepas solat subuh pagi 9 mei tu , terus tangan ni gatal nak pi cek result.Dah tu plak pi amik bantal tutup muka sambil tangan scroll mouse kat tmpat email tu.Ha amik kau terpampang result kat situ.Terkebil-kebil mata kau tengok result tu.I can believe it !!! . saya LULUS !!!!!!.Time tu memang rase nak meloncat tinggi2 ooo.Alhamdulillah result aku ade peningkatan.Walaupon belum boleh nak merasa tittle dekan tu lagi.Ya , Think positif.Belum rezeki  aku lagi nak dapat dekan.Allah suruh aku berusaha lagi kuat tu.Tak pe izzati , usaha lagi , dont give up.Semester tiga ni kau buat elok-elok.Jangan asyik nak main jer.*Rasenya ayat ni setiap sem aku cakap*Untuk mengcelebrate pencapaian cemerlang aku tu,my parents belanja makan kat tmpat istimewa sikit.Hahahhahah..Thanks mommy thanks daddy .This is because of your support.Love you muah muah muah !!!Hahahah So azam baru walaupon buan tahun baru la.Tapi semester baru ni,berazam untuk buat yang lebih baik dari sem lepas.Izzati Chaiyok !!!!chaiyok !!!

Sekian...

Friday, 19 April 2013

Bibik ni pandai masak tau..

Assalamualaikum...Ade orang tak?? Siapa di dalam ,saya di luar.?? Hehhehe..Ha.Akhirnya cuti semester 2 dah start.So, masing-masing ade agenda masing-masing.Ade yang nak buat part time,ade yang nak duk rumah jer dan lain-lain.Ha ?? What about me?? Ha.Pada 12 / 04 /2012 dengan rasminya saya di lantik menjadi bibik sepenuh masa di rumah sendiri. Bila dah kate bibik tu paham-paham la kene buat ape.Memasak opkos la kerja utama .

So dah lebih kurang seminggu lebih cuti , my work is chef  la. Tu yang sejak bermenjak ni asyik tengok tv asian food channel atau Food Network Asia.Kalau tak pon tengok tv3 5 rencah 5 rasa.Tengok abang hot masak.Ha memang melekat depan tv la citernya.So , antara masakan yang pernah aku buat time cuti ni so far alhamdulillah menjadi.Walaupon ade yang first time buat tapi alhamdulillah rasa dia sedap.Terasa teruja jugak la bila my mother pon puji my cook.Hehehee !!.
Yang paling tak tahan sekali ,adik aku si ain ni suka aku balik rumah cuti 2 bulan ni masak untuk dia.Amboiii  kau !!

Ha.Takper lah.Cuti ni mantapkan skill masak-memasak kat rumah.Belajar melalui tv jer sekarang ni.Hahahaha !!!.

Sekian, Budak comel yang dah pandai masak ni hihiihi!!


Monday, 15 April 2013

Selamat Tinggal Semester 2 :(

Assalamualaikum Semua....* lambai * Hahahaha Terujanya nak tulis entry ni. Almaklumlah dah lama tak main blog ni.So sekarang jari jemari saya sedang ligat di atas papan kekunci atau dalam bahasa inggerisnya 'keyboard'.Pejam celik pejam celik selesai sudah semester 2.Semester 2 sesi Disember-Julai telah pon melabuhkan tirainya.Hahahha seriusly aku memang takkan lupa every moment mase sem 2 tu.Ade suka,ade duka ,ade manis ,ade pahit ,ade masin ,ade tawar.Semua rase ade lah kiranya.So kalau nak cerita satu-satu kat entry ni memang tak habis lah citernya . Boleh buat drama bersiri dah ni story story waktu sem 2 ni.At the end for the entry , Selamat Tinggal  semester 2.I will miss you more.Erkk...nampak tak ayat agak poyo disitu.Biarlahhh nak poyo sekali sekala ape salahnyakan.Ye idokkkk !!

Sekian,Budak comel :)  xoxo!!!

Saturday, 16 February 2013

Doakan Saya :)

Assalamualaikum.Heyyyy yooo !!!

Ha.Tomorrow i will go back to UiTM Seri Iskandar.Sekejapnya cuti.Izzati , don't say like that.You must bersyukur ,because sekurang-kurangnya dapat jugak cuti.Ok.Naik jer cuti ni , i must see the CSC test 1 again.So hopefully i can jawab semua soalan dengan baik.Wish me luck !! Dan doakan saya.Izzati chaaiyokkk !!! Charaebwa !! Fighting!! .
See You Soon !!

Sekian,Budak comel:)


Tuesday, 12 February 2013

Me and You

Assalamualaikum..
Can i feel this one day?? 

Me : i'm very curious.i'm curious about everything.Why can't i go to sleep and can only see your   face?
You : i'm curious too.I'm curious about this heart.Why is it that when i see you laughter comes out     first?
Me:When my friends are together and they mention you,why do i get so excited and want to here
more?
You: If only you are there, i become someone else and i make random , awkward jokes .
Me: Honestly , this feeling is so strange.Is this what it feels like to be on top of cloud?
You : Is it like this , are we like this ? If you feel the same way , have we already started?
Me and you : i like you very very much.
You: i think i came to love you.
Me : I want to say the same thing.But is it okay if i do that? Should i wait a bit more?
Me and you  :  i also like you very very much.
Me :Honestly , this is the first time i'm  feeling like this.
You : i will wait more
Me:will you wait more
You : i will be here
Me :will you be here
You:We are already feeling the same way .
Me:What do you like about me? That's what i'm curious about .Since when i did live in your heart?
You: I'm curious too.I'm curious about your heart.Whether you really like me and not hate me?
Me:There are so many pretty girls , so is it that true that you really only see me?
You:Many handsome guys
Me:who?
You:are by your side
Me:Where?
You:So how you are coming to me girl
Me:Honestly, i keep imagining us
You:imagining
Me:This kind of  feeling is so suspicious.Underneath the same sky
Me and You : We're thinking the same thoughts.I think we can say the same things too.I like you  very very much
You:I think i came to love you
Me: i want to say the same thing.
Me and you: But is it okay if i do that? Should i wait a bit more? I also like you very very much.
 Honestly , this is the first time i'm  feeling like this.
You: i will wait more
Me: will you wait more
You : i will be here
Me :will you be here
You:we are already feeling the same way.
Me:who likes who more? Do i like you more?
You:That's not important to me
 Me:If i extend my hand,will you never let go?
You:I won't let go of your hand forever
Me:I like you very very much
You:Honestly , i already love you
Me: i can say the same thing but
Me and you: Why do i keep shaking, why am i keep hesitating.No, i love you , you.Now i will tel   you everything of my heart
You:Will you believe in me?
 Me: i'll believe in you
You: in my love
Me:in this love
Me and you: Let's walk together side by side.The two of us.






Monday, 11 February 2013

Who is MEGAT AMIR DANISH ??

Assalamualaikum.Heyy yoooo !!

Storyy baru..excited ni. Who is Megat Amir Danish atau  @MegatAD ?? First ,when i find him in twitter.First thing i said is "hensom nya dia" .Ayat biasa la kan.Normal la girl akan cakap macam tu bila nampak guys yg muka cute dan hensom kan.Secondly , you know whats he is a form 5 students lasy year and now he is 18 years old n will become university students like me one day.Thirdly, he is freelance photographer.Whattt dia suka amik gambar?? Woww mesti dia kreatif orangnya.And you know what i think i really want to know him means all about him.I also think that can he teach me about photography??Kalau dia memang boleh ajar aku photography, seriusly memang cepat la aku belajar.

                              Ha ni la dia Megat Amir Danish.Hensom tak?? Hensom kott...:)

Tadi aku tengok Instagram dia.And dia update picture from Melbourne,Australia.Wauu!! untungnya,in your age 18 years old , you can go to overseas.Me?? When ?? maybe one day..soon.Seriusly, picture yang dia tangkap sume nampak menarik . Walaupon cume amik gambar burung merpati semata2.Nak tengok tak contoh picture dia.. lihat sini ---->>

lookkk at thiss....



see thiss..

Mungkin kita yang tak der minat yang mendalam tentang photography mesti fikir ape cantik sangat amik gambar traffic light semata2 kan...?? but diorang yang berjiwa photo ni akan fikir yang gambar ni unik.Satu lagi aku suka tengok gaya diorang amik gambar.Nampak bersungguh-sungguh kot.Macam dia ni la--->>>

  Nampak tak betapa bersungguh-sungguhnya dia.Terkebil-kebil,terkenyit-kenyit mata  dia sebelah.

                                         sampai sebegini rupanya keterujaan mengambil foto.

So ceritanya.Teringin nak kenal dengan dia.Tengok blog dia jumpa alamat skype dia n i saw his number phone.Terkejut jugak.Number phone kot ??.Tapi tak berani pulak rasenya nak try contact.Ye lah dia mana kenal kita.So just follow on twitter and facebook jer la.

Sekian,budak comel :)


Sunday, 10 February 2013

Amar a.k.a 'zain minho' dan Jenga

Assalamualaikum..i'm back.

Hehehee!! Sekarang ni kan tengah hot drama SETIA HUJUNG NYAWA lakonan Nelydia dan Amar Asyraf yang hensom tu..Seriusly sebelum ni muka dia tak der la nampak hensom sangat bila belakon cerita Dalam Hati Ada Taman.But bila dalam cerita Setia Hujung Nyawa ni muka dia perghhh nampak macho.Hehehe gatal tak aku.Tak per sikit jer.May be sebab rambut dia kot.Dulu rambut dia kan kerinting macam awan nano , sekarang dah macam 'zain minho ' ehhh Lee min Ho malaysia.Hehee !!

                                       Hensom tak?? Bergaya tak ??  Min Ho malaysia ni...

                                                Tengok rambut baru dia.Hahhhh hensom la..

                                     Tengok gelagat minho Malaysia ni..ala tomey tomeyyy !!

Hahahha sambung story.Hari tu aku kluar pi tesco.Biasa lah cuci mata weekend tak buat pape.So aku beli satu permainan ni iaitu MINI GAMES STACK'EM...ala permainan macam Jenga tu.

                                                ha macam ni la permainan yang aku beli tu.
bawak la permainan ni pi koop.After study account, nak rehat kan minda sikit main lah bende alah ni.Ternyata permainan ni juga menunjukkan siapa paling kuat parkinson. Semua pakat tangan bergetar-getar main bende ni.

Nampak tak betapa berhati-hatinya member aku sorang ni tarik satu-satu blok  dan letak kat bahagian atas tu.

Still boleh senyum lagi tu.Tak takut blok tu jatuh ker irfaan oii...

 Permainan baru KESUMA akan datang.

Sekian,Budak Comel :)

My Beautiful Malaysia

Assalamualaikum..Hello apa khabar??Sihat semua ? Now dah start cuti raya cina.Gong Xi Fa Choi !! Angpau ma !! Hahaha.Kelmarin before keluar rumah nampak ade kereta BMW depan rumah.Sape pulak la yang datang dengan kereta mewah tu.Rupa-rupanya yang bawak kereta mewah tu anak cucu uncle sebelah rumah rupanya.Okay uncle sambut raya kat Kuala tahun ni.Uncle mana angpau untuk saya ???..HEHEHEH !!

Haaa.Before cuti hari tu , kt orang ade aktiviti MY BEAUTIFUL MALAYSIA.Ha program apa tu ?? Ha ni lah program gotong-royong .Gotong- royong ?? Bunyi macam tak best kan.Hahaha memang pon first time aku dapat tau kiteorang join gotong-royong seriusly rasa menyesal plak bagi nama.Before kiteorang dapat tau ni gotong royong, kiteorang dapat information pegi keluar UiTM naik bas.Perghhh seriusly gua dah berangan naik bas dah.Tup tup tetiba dapat information gotong -royong dekat padang depan UiTM jer.Frust tertonggeng jugaklah dibuatnya.But nak buat lagu mana nama dah masuk kan HEA.So nak tak nak join jugaklah.

Pagi tu kireorang yang perempuan ni dah berpakat nak pakai baju merah.Biar jelas orang tengok.Hehehe!!.Nak menyerlah sekali sekala tak pe kan.Sampai jer padang tengok ramai sangat orang.Yang tua,muda ,remaja dan kanak-kanak pon ade.Makne kate,pelbagai kaum tak kira tua muda join program ni.Kiteorang agak kelam time tu sebab tak tau nak start membersih dari mana.So ape lagi , contact orang yang bertanggungjawab mengajak  masuk program ni tanya diorang kat mana n kiteorang kene buat pembersihan kat mana.Rupanya,kiteorang kene buat pembersihan dekat Sidec depan kedai makan Rahman.5 minit pertama sampai sana blurr kejap.Tetibe ade pakcik mintak ktorang ikut dia.Ohh rupanya dia nak bg kami topi.Laju jer kt orang rembat topi.Lepastu tunjuk kan budak lelaki kiteorang dapat topi ,diorang tak dapat.

Dah penat membersihh amik pot duk kat tepi kedai bergambar.Aktiviti wajib kami.
                                                                      The Red Team

Hahhaa.Nampak sangat dah kekurangan kerja.

Tu dia gelagat Tieka , Alin ,Zulex  dan Ira.

  Ni pulak aksi Miera,Ila ,its Me yg comel ,dan Jiha.

tak habis bergambar lagi aku dan ira .ira n zulex

Nak bergambar dengan Miss Anisa.

Itu dia kami, the Next Girls Generation.

Bergambar dengan Labu Sayong..

when the Next Girl Generation brings the boys out.


Bergambar di hadapan signboard UiTM Seri Iskandar.

Sekian, Budak comel :)