Sunday, 4 May 2014

Lebam

Assalamuallaikum.

Happy weekend. Hujung minggu ni korang buat per ?
  • cuci kereta
  • shopping
  • main taman
  • dating
  • layan anak buah
  • tidur 
  • tengok spiderman 2
  • berangan seharian    
Yang mana korang buat . Sila pilih .Kalau aku yang terakhir tu, berangan seharian. Cakap pasal berangan ,dulu-kecik-kecik mesti korang ada macam-angan-angankan.Ha , jangan tipu kate takde.Yang kate takde tu dia mungkin kurang normal kot.

Okay yang atas tu cuma iklan jer .

Ni baru nak start story . Okay biasa la kalau dah duduk rumah tak buat pape memang bosan.Super duper bosan la kan. Aku ni jenis bukan nya reti duduk diam sangat.Kadang-kadang tu okay la , tapi memang aku akan berjalan sana sini walaupon cuma dalam rumah. One day tah macam mane tah aku pi langgar katil. Opss bukan aku tapi kaki aku yang langgar bucu katil.Sakit dia macam kau rase kau terantuk kepala kat palang katil.Nak rase cuba buat.Sakit ke tak .Memang time tu aku nak jerit tapi sebab pikir nanti jiran belakang dengar aku ambik bantal gigit bantal jer la nak elak dari aku jerit kuat-kuat. Mesti korang pikir nanty jiran belakang dengar? Yer la bilik aku bilik belakang. Jarak rumah aku dengan rumah jiran belakang bukan jauh mane pon.So kalau jerit kuat memang konfom dengar la citer dia.

Yang tu tak per lagi.Lepastu sekali lagi aku terlanggar bucu katil lagi.Kaki yamg sama pulak tu. Rase nak mencarut jer time tu tapi  sabar-sabar. Marahkan katil tu pon tak guna jugakkan.Sakit dia sama jugak macam yang sebelum ni.Tak lama lepas tu aku perasan kaki yang tempat sakit tu macam biru lebam sikit.Tunjuk kat puan mommy la bila dah macam tu. Lepastu puan mommy cakap macam ni

                                            " Kaki kamu ni kenapa , kene gigit dik hantu ker biru ni "

So ,ceritalah kat puan mommy mengapa kakiku begitu.Konklusinya kakiku lebam dik langgar katil.

Friday, 2 May 2014

#SeriIskandarDalamKenangan :Part 4 ( Tinggal Kenangan)

Assalamuallaikum.

Here i am. Maaf kerana lambat sambung entry #SeriIskandarDalamKenangan , bukan ape sedikit malas , ditambah dengan internet kadang-kadang buat hal ,digaul dengan idea-idea yang main sembunyi-sembunyi disebatikan dengan rase malas nak menulis maka lambatlah update entry baru. Dengan beberapa hari lagi keputusan final semester 4 akan keluar. Perasaan mula tak senang duduk , resah gelisah , takut sume ade menerjah ruangan fikiran. But yang paling penting adalah DOA. Semoga kita semua lulus dengan cemerlang .Amin.

Okay semester 4. Semester ni antara semester yang hard la jugak.For me this sem is hard. For others i don't know la kan. Hard bukan ape sebab banyak main la agaknya. Bila dalam kelas orang suruh fokus , kepala aku jer yang dalam kelas , fikiran aku dah jauh melayang dah fikir kan benda-benda yang tak sepatutnya aku fikirkan bila time dalam kelas. Lagi-lagi bila dalam kelas Management.Memang hari-hari kalau masuk kelas management , feel ngantuk tu memang akan datang tanpa dijemput.Ngantuk dia tu kadang-kadang rase macam tak cukup tidur seminggu. Kadang-kadang tersengguk-sengguk jugaklah. So far , kelas MGT ni bukan la bosan sangat tapi bila budak yang suka kira-kira kau suruh dia membaca jer memang  susah sikit la kan jadinya.

Kelas paling happening semester ini ialah kelas Forecasting dengan Madam Najwa Jatarona. Kebiasaan dalam kelas ni mesti semua kan gelak besar sampai kadang-kadang sampai keluar air mata.Punya kelakar sangat la kan. Madam Najwa ni kalau aku masukkan dia dalam program Raja Lawak konfom sume student mahupon lecture yang kenal dia mesti vote dia lah. Paling kelakar aku rase masa dia cerita pasal loghat orang utara.Gelak sampai rasa nak berguling-guling lah. Cerita pasal anak dia yang comel tu pon kelakar jugak. So far madam Najwa Jatarona ni memang kelakar , dan aku nak bagi 4 bintang kat dia. Hahahahah !!!.

Harap Maaf kelas paling horror semester 4 tak der.Semua kelas masih lagi dalam keadaan stabil .

Pesik Ukhwah Day.
Sama jer macam yang sebelum ni.Happening sudah semestinya.Best la kan. Macam biasa la , kiteorang sebelum pi padang mesti nak bergambar.Pokoknya bergambar tu sudah menjadi satu habit kami.




                         Kat zebra crossing ni po boleh jadi tempat kami bergambar sakan. We Crossing.



                                                                          Permainan wajib lompat getah .


                                                                           Game perah span .


                                                                            Game pimpong atas sudu


                                                                              Selfie satu kali.

Ni game ape tak tau sume pakat nak duduk atas eta.

 Cerita seterusnya ialah Makan Besar CS 1134B. 
Dah nama pon makan besar surelah meriah kan. Tiba - tibe teringat masa zaman sekolah hujung tahun je buat jamuan makan-makan. Same lah ceritanya dengan makan besar ni. Ramaila yang bawak macam-macam makanan. Ade yang bawak kek , delivery pizza ,bawak seguni keropok roda , bawak karemel , bawak macam-macamlah.Yang masak on the spot pon ade iaitu Bihun sup  Mimi dan salad buah-buahan . Thorbaiiikklah citernya. Memang kenyang sampai tengah hari esok la citer dia. Kepada yang tak hadir , memang korang rugi sikitlah kan but its ok nanty kat tapah kita buat makan besar lagi. 


                                                    Penuh makanan yang lazat-lazat atas meja ni.


 


Delivery pizza sudah sampai. Orang delivery pizza pakai motor , aku pakai basikal jer. Bajet untuk motor tak dok. Memang penat gilalah kan mengayuh . Think positive kita excercise malam-malam. But yang paling peting thank kat Nad sebab bagi pinjam basikal , kalau tak memang aku paksa + heret abang hantar pizza tu masuk sampai depan fakulti.


                                               Selamat Menjamu selera.Silalah kenyangkan perut anda.

                                                               Pasangan paling Sweet sem ni Amri & Acap




                                                           #MUKABAHAGIALEPASMAKAN

Disebabkan dah lama tak turun padang , kiteorang pon plan turun padang main basketball. Jangan pandah rendah pada orang yang tak cukup ketinggian macam aku ni tak boleh main basketball.Boleh main tau, boleh jer bola tu masuk dalam jaring dia. Meh sini aku memperkenalkan Team Basketball Kelas B


                                                                                  #TEAMBASKET


Dah penat-penat main lepak mamak pulak.Isi perut yang tengah lapar.


                                        Muka tahan lapar semua ni. Sabar-sabar jap gi makanan sampai.

Lastday before habis exam kiteorang still main kat padang. Main puas-puas, lepasni datang seri iskandar bila nak grad jer. Bukan datang nak main dah. So , kita main .



Oleh kerana tu last main dekat seri iskandar , so memang wajib la kan berpicture-picture.Yer la nak buat kenangan.

  





Seterusnya , makan besar untuk semua part 4. Makan besar lepas habis paper calculus 3. Memang makan besar la sebab before paper calculus tak lalu nak makan.After calculus , ha semua selera makan dah kembali. Tak caye tengok ni ----->



 Nampak tak betapa berseleranya makan.Sebelah mi kari sebelah pizza. Bukan tamak tapi lapar. Orang kalau lapar letak kepala singa depan mata pon mungkin dia telan .


Bila dah kenyang mula lah ngantuk lepastu cari port nak tidur.Pinjam bahu ecah  nak tidur.



                                                              Nasib baik muka tak kene halang.

And this is last day kat seri iskandar , After  last payperr. Create a memory here before going to Tapah.





Say bai bai to Seri Iskandar , Say hai hai to Tapah.
#SeriIskandarDalamKenangan berakhir di sini. In sha Allah , will be back for our graduation day.

                                                                              -THE END-

Thursday, 1 May 2014

#SeriIskandarDalamKenangan : Part 3

Assalamualaikum..

So macam mana dengan 2 entry yang sebelum ni ? Menarik ke tidak ? Atau biasa-biasa saja ? Hopefully menarik la bagi korang baca but kalau biasa - biasa saja , maaflah i'm not a writer. Hanya menulis bila idea menceroboh minda. Mungkin cerita aku tak setanding cerita blogger lain yang hot kemain but yang penting aku tulis apa aje yang bermain dikotak fikiran aku.Kotak fikiran orang lain aku tak kacau. So aku harap korang enjoy la yer.

Ok sebelum kita masuk ke topik atau main story , ade bende lain yang aku nak share dengan korang.Baru-baru ni adik aku , my second sister dapat tawaran temuduga biasiswa JPA. Sebagai kakak ,of course la aku happy jugak tengok dia dapat tawaran sebegitu walaupon baru tawaran temuduga but actually ada jugaklah sedikit perasaan cemburu dan perasaan yang aku ni tak sehebat dia dalam pelajaran. But aku cuba lah kan tepis , buang virus pemikiran-pemikiran sebegitu. Rezeki masing-masing.Mungkin hari ni rezeki dia ,esok lusa kita tak tahu mungkin rezeki kita pulak ker kan. So , buat my sister good luck for your interview soon and sorry lah aku tak tunjuk perasaaan gembira  aku masa kau dapat keputusan interview hari tu. #GuaMaluNakTunjukGuaHappy.So Congrattss !! Hope you become a doctor soon.

Ok.Lets continue for the main story. Cerita atas tadi hanya iklan sahaja.
Semester 3. Ada Apa Dengan Semester 3? Ada kelas horror tak macam sem 2? Lecterur paling garang? Kelas paling Best ? Tak pergi Trip ker?

*tatik nafas dan tahan , 5 minit kemudian hembus *

Ok . Semester 3 macam macam berlaku.Aku rasa naik semester 3 , aku dah tak jumpa orang pendiam dalam kelas B dah. Tak jumpa maksudnya orang yang dulunya pendiam ,tapi masuk sem 3 pendiam dia dah takder.Semua orang dah mula menunjukkan diri mereka , keramahan mereka , kekelakaran mereka dan macam-macam lagi lah. Its good la kalau macam tu.

Untuk pertanyaan kelas horror , meh sini aku citer. Semester 3 kelas yang agak horror ialah kelas CALCULUS 2 . Actually subjek calculus tu tak lah horror teruk sangat tapi yang buat benda tu nampak horror ialah lecturer dia. Lecterur calculus 2 kiteorang time tu ialah MISS ELIZABETH ARUL.Satu FSKM kenal dia , sape tak kenal dia tak tau la nak kata ape.Tak terkata agaknya. Bila gua sebut jer nama MISS ELIZABETH ARUL kat mana-mana senior kos , mesti ada yang cakap macam ni
                  "masaklah korang dengan dia "
                  " Dia tu garang , jangan main main dalam kelas dia "
                  " Dia ok jer "

Respon sebeginilah yang akan mereka bagi bila aku citer pasal Miss Eli ni. Pengalaman kene marah ofkos la ade , lecterur yang memang garang akan sentiasa tunjukkan garang dia dalam kelas. Garang disini bermaksud garang untuk mengajar , bukan garang yang tak kene tempat.But segarang-garang dia , kelas dia lah yang paling aku rajin sekali.Bukan aku jer sau kelas rajin .Semua homework buat walaupon ada lompong-lompong.Its good la kan. Walaupon dia garang macam singa but dari satu sudut lain dia ni baik lah. Dia marah marah sayang jer dalam kelas. Because of that , kita semua lulus dengan cemerlangnya calculus 2. Alhamdulillah.

Untuk soalan yang pergi trip tu. Sem tiga ni lah paling banyak trip . Antaranya:
  • trip raya
  • trip gopeng
  • trip pangkor 
Trip raya. Gua rasa ni la trip paling best . Sebab we all join the trip. Rombongan besar-besaran menyerang  rumah Ira , Mima ,Ros , dan Cemi. From Sri Iskandar - Ipoh - Taiping - Kuala Kangsar - Ipoh -Sri Iskandar. Dah boleh masuk ACS113B Book Of Record dah ni.Banyak betul perjalanannya.
Yang penting semua happy , perut kenyang hati pon senang .Gambar rombongan raya gua tak der nak kasi tunjuk.Herm kenapa tak der yer?


Next trip , trip gopeng. Ape teh name program trip ni tak ingat sebab panjang sangat. Only Half  jer yang join benda ni.Yang best trip ni dapat merasa naik lori.Lori ? Ya lori ni bukan lori ayam tapi macam lori lembu korban tu. Bayangan anda yang ramai di sumbatkan ke dalam lori yang sedang-sedang je. Tak ker rase macam tauhu sumbat.But walauponbegitu , sebabkan sumer tak pernah naik lori , perasaan seronok dia macam naik roller coster .Happy ke main.






                                                              
                                                                 Selfie atas lori #BESTMOMENT




                                                                                  This is our lorry.

Macam biasa memang banyaklah aktivitinya kan.Nak citer satu satu kang bosan pulak kan.So kita pick jer mane mane yang rase cam best utk distorykan . Benda yang i kurang minat sikit la bab kene duduk atas pelampung sambil dibawa arus sungai yang kadang acah -acah deras gitu. Bukan acah tapi ade certain tempat memang laju kemain air sungai tu. Mula-mula nampak macam best but dah lama sikit , gua rasa !@#$%^&* .Dalam hati tu siap doa kot. Lagi lagi bila pakcik tu cakap kalau kau hanyut kau akan tembus sungai kat mana tah dia cakap aku tak ingat. Kecut perut tau dengar. Bila first aku nak duduk atas pelampung jer pak cik to dah detect aku takut. Mana taknya aku nak duduk atas pelampung tu pon cuak . Kalau disuruh ulang balik  , memang aku buat buat pengsan lah. Gila , tak nak aku main benda alah tu.


                                                                 Nasib ada jihah sebelah , kalau tak ?? .....


Macam ni lah kiteorang di lepaskan sensorang. Dah la banyak batu. Bila banyak batu , paham-pahamlah .

Ok stop for that story , next trip is Pulau Pangkor. Ni trip bersuka ria. Memang main jer . Trip after paper ekonomi yang susah tu. Memang buang segala stress yang ade  dalam air laut tu  la. Buat BBQ, mandi laut , berkelah malam -malam . Best kot.



                           Benda paling penting bila dah sampai destinasi , kita harus picture-picture dulu.

Hanya kami berenam jer yang pi. We all yang cun  ni dan 2 boys. Macam-macam benda la buat kat sini  macam main bola tampar , main guli, main tanam orang, main lari lari dan konklusinya banyak main main.Tangkap ketam pon ade jugak tau. Main lari lari tepi pantai malam-malam , lepastu lari tinggalkan aku sensorang lari terkedek-kedek.


                                                                        Pulau ni kami yang punya.


                                                                          Permainan  tanam-tanam .


                                   First time main guli time ni. Biasa guli main congkak jer. Kali ni teget guli.


                                                                       Penjagaan ketam sedang di jalankan.


                                                             Sampai jer serbu tempat main bola tampar ni.


                                                                             Main air time.


                                                                            Bakar-bakar time..


                                                    Orang lain sibuk membakar , kite main lagi. Teng teng...


                                                                                The 6sixth of us.


                                                   Sebelum balik , kita selfie dulu. #portkaroketepipantai


                                                                                 Picture of us
Nice trip.Nice memory , all nice.

Nanty kita plan semua pergi tempat lain lagi yang best best . Pergi sama-sama. Langkawi ? Johor ? USS (Universal Studio Singapore ) ?

So , dengan lafaz bismillah , saya dengan ini menutup entry ketiga untuk #SeriIskandarDalamKenangan .

                                                                           -To Be Continue-