Friday, 2 May 2014

#SeriIskandarDalamKenangan :Part 4 ( Tinggal Kenangan)

Assalamuallaikum.

Here i am. Maaf kerana lambat sambung entry #SeriIskandarDalamKenangan , bukan ape sedikit malas , ditambah dengan internet kadang-kadang buat hal ,digaul dengan idea-idea yang main sembunyi-sembunyi disebatikan dengan rase malas nak menulis maka lambatlah update entry baru. Dengan beberapa hari lagi keputusan final semester 4 akan keluar. Perasaan mula tak senang duduk , resah gelisah , takut sume ade menerjah ruangan fikiran. But yang paling penting adalah DOA. Semoga kita semua lulus dengan cemerlang .Amin.

Okay semester 4. Semester ni antara semester yang hard la jugak.For me this sem is hard. For others i don't know la kan. Hard bukan ape sebab banyak main la agaknya. Bila dalam kelas orang suruh fokus , kepala aku jer yang dalam kelas , fikiran aku dah jauh melayang dah fikir kan benda-benda yang tak sepatutnya aku fikirkan bila time dalam kelas. Lagi-lagi bila dalam kelas Management.Memang hari-hari kalau masuk kelas management , feel ngantuk tu memang akan datang tanpa dijemput.Ngantuk dia tu kadang-kadang rase macam tak cukup tidur seminggu. Kadang-kadang tersengguk-sengguk jugaklah. So far , kelas MGT ni bukan la bosan sangat tapi bila budak yang suka kira-kira kau suruh dia membaca jer memang  susah sikit la kan jadinya.

Kelas paling happening semester ini ialah kelas Forecasting dengan Madam Najwa Jatarona. Kebiasaan dalam kelas ni mesti semua kan gelak besar sampai kadang-kadang sampai keluar air mata.Punya kelakar sangat la kan. Madam Najwa ni kalau aku masukkan dia dalam program Raja Lawak konfom sume student mahupon lecture yang kenal dia mesti vote dia lah. Paling kelakar aku rase masa dia cerita pasal loghat orang utara.Gelak sampai rasa nak berguling-guling lah. Cerita pasal anak dia yang comel tu pon kelakar jugak. So far madam Najwa Jatarona ni memang kelakar , dan aku nak bagi 4 bintang kat dia. Hahahahah !!!.

Harap Maaf kelas paling horror semester 4 tak der.Semua kelas masih lagi dalam keadaan stabil .

Pesik Ukhwah Day.
Sama jer macam yang sebelum ni.Happening sudah semestinya.Best la kan. Macam biasa la , kiteorang sebelum pi padang mesti nak bergambar.Pokoknya bergambar tu sudah menjadi satu habit kami.




                         Kat zebra crossing ni po boleh jadi tempat kami bergambar sakan. We Crossing.



                                                                          Permainan wajib lompat getah .


                                                                           Game perah span .


                                                                            Game pimpong atas sudu


                                                                              Selfie satu kali.

Ni game ape tak tau sume pakat nak duduk atas eta.

 Cerita seterusnya ialah Makan Besar CS 1134B. 
Dah nama pon makan besar surelah meriah kan. Tiba - tibe teringat masa zaman sekolah hujung tahun je buat jamuan makan-makan. Same lah ceritanya dengan makan besar ni. Ramaila yang bawak macam-macam makanan. Ade yang bawak kek , delivery pizza ,bawak seguni keropok roda , bawak karemel , bawak macam-macamlah.Yang masak on the spot pon ade iaitu Bihun sup  Mimi dan salad buah-buahan . Thorbaiiikklah citernya. Memang kenyang sampai tengah hari esok la citer dia. Kepada yang tak hadir , memang korang rugi sikitlah kan but its ok nanty kat tapah kita buat makan besar lagi. 


                                                    Penuh makanan yang lazat-lazat atas meja ni.


 


Delivery pizza sudah sampai. Orang delivery pizza pakai motor , aku pakai basikal jer. Bajet untuk motor tak dok. Memang penat gilalah kan mengayuh . Think positive kita excercise malam-malam. But yang paling peting thank kat Nad sebab bagi pinjam basikal , kalau tak memang aku paksa + heret abang hantar pizza tu masuk sampai depan fakulti.


                                               Selamat Menjamu selera.Silalah kenyangkan perut anda.

                                                               Pasangan paling Sweet sem ni Amri & Acap




                                                           #MUKABAHAGIALEPASMAKAN

Disebabkan dah lama tak turun padang , kiteorang pon plan turun padang main basketball. Jangan pandah rendah pada orang yang tak cukup ketinggian macam aku ni tak boleh main basketball.Boleh main tau, boleh jer bola tu masuk dalam jaring dia. Meh sini aku memperkenalkan Team Basketball Kelas B


                                                                                  #TEAMBASKET


Dah penat-penat main lepak mamak pulak.Isi perut yang tengah lapar.


                                        Muka tahan lapar semua ni. Sabar-sabar jap gi makanan sampai.

Lastday before habis exam kiteorang still main kat padang. Main puas-puas, lepasni datang seri iskandar bila nak grad jer. Bukan datang nak main dah. So , kita main .



Oleh kerana tu last main dekat seri iskandar , so memang wajib la kan berpicture-picture.Yer la nak buat kenangan.

  





Seterusnya , makan besar untuk semua part 4. Makan besar lepas habis paper calculus 3. Memang makan besar la sebab before paper calculus tak lalu nak makan.After calculus , ha semua selera makan dah kembali. Tak caye tengok ni ----->



 Nampak tak betapa berseleranya makan.Sebelah mi kari sebelah pizza. Bukan tamak tapi lapar. Orang kalau lapar letak kepala singa depan mata pon mungkin dia telan .


Bila dah kenyang mula lah ngantuk lepastu cari port nak tidur.Pinjam bahu ecah  nak tidur.



                                                              Nasib baik muka tak kene halang.

And this is last day kat seri iskandar , After  last payperr. Create a memory here before going to Tapah.





Say bai bai to Seri Iskandar , Say hai hai to Tapah.
#SeriIskandarDalamKenangan berakhir di sini. In sha Allah , will be back for our graduation day.

                                                                              -THE END-

No comments:

Post a Comment